TEMA, PERSOALAN, NILAI, PENGAJARAN, LATAR, PLOT, DAN GAYA BAHASA
TEMA
Sejarah Melayu
merupakan sebuah karya yang bertemakan politik. Teks Sejarah Melayu
menceritakan tentang jurai keturunan bermula dari Raja Iskandar Zulkarnain yang
telah berkahwin dengan Puteri Syahrul Bahriyah dan telah dikurniakan seorang
putera bernama Raja Suran. Raja Suran telah turun ke dasar laut dan berkahwin
engan Puteri Makhtabul Bahri dan tlah dikurniakan 3 orang putera iaitu Nila
Pahlawan, Nila Utama dan Krishna Pandita. 3 saudara ini telah turun ke Bukit
Siguntang dan bertemu engan Wan Empuk dan Wan Malini. kewujudan 3 keturunan
tersebut telah bermulanya jurai keturunan di Tanah Melayu dan yang berakhir
dengan pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
PERSOALAN
1. Kepatuhan dan kesetiaan seorang isteri
terhadap suaminya
Contoh:
persoalan ini dapat dilihat pada watak Tun Kudu. Tun kudu merupakan isteri
kepada Sultan Muzaffar Syah. Akibat daripada perbalahan yang berlaku di antara
Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, Sultan Muzaffar Syah telah menceraikan Tun
Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menyelamatkan kerajaan
dibawah kepimpinan Sultan Muzaffar Syah
2. Ketaatan kepada raja dan negara
Contoh: persoalan ini dapat dilihat pada watak Hang Tuah yang
merupakan Laksamana yang bergitu taat dan setia kepada sultan dan juga negara.
Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati raja dan keamanan
negara. Hang Tuah sanggup terjun ke dalam lubang najis semata-mata untuk
menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah.
3. Keperitan hidup seorang wanita
Contoh: persoalan ini dapat dilihat pada watak Tun Fatimah. Tun
Fatimah merupakan isteri kepada Tun Ali dan anak kepada Tun Mutahir (bendahara
Seri Nara Diraja). Kesemua ahli keluarga Tun Fatimah telah dibunuh oleh Sultan
Mahmud Syah dan Tun Fatimah telah dipaksa untuk berkahwin dengan Sultan Mahmud
Syah.
4. Keadilan dalam sistem pemerintahan
Contoh: persoalan ini dapat dilihat pada watak Seri Teri Buana
dan Demang Lebar Daun yang telah melaksanakan wa’adat (perjanjian). Sekiranya
sultan berlaku kejam dan tidak adil dalam pemerintahan maka kerajaan sultan
tersebut akan diterbalikkan atau musnah manakala jika rakyat yang menderhaka
maka rumahnya akan diterbalikkan.
5. Tanggungjawab pemerintah terhadap rakyatnya
Contoh: persoalan ini dapat dilihat pada watak Sultan Alaudin
Ri’ayat Syah yang merupakan sultan yang amat menjaga keamanan rakyatnya dan
juga nehgerinya. Sultan Alaudin Ri’ayat Syah telah turun padang dan menyamar
sebagai pencuri untuk menangkat pencuri sebenar yang telah menjejaskan keamanan
di negerinya.
NILAI
Keadilan
Contoh: nilai ini dapat dilihat pada watak Seri Teri Buana dan
Demang Lebar Daun yang telah melaksanakan wa’adat (perjanjian). Sekiranya
sultan berlaku kejam dan tidak adil dalam pemerintahan maka kerajaan sultan
tersebut akan diterbalikkan atau musnah manakala jika rakyat yang menderhaka
maka rumahnya akan diterbalikkan.
Kasih sayang
Contoh: nilai ini dapat dilihat pada watak Tun Kudu. Tun kudu
merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah. Akibat daripada perbalahan yang
berlaku di antara Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, Sultan Muzaffar Syah telah
menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi
menyelamatkan kerajaan dibawah kepimpinan Sultan Muzaffar Syah
Nilai estetika
Contoh: penggunaan bahasa-bahasa klasik yang indah dan mempunyai
maksud tersirat merupakan elemen yang penting dalam penghasilan karya
sastera.sebagai contoh unsur personafikasi yang telah dimasukkan dalam Sejarah
Melayu ialah “rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak, payung segala raja”
Kepatuhan
Contoh: nilai ini dapat dilihat pada watak Hang Tuah yang
merupakan Laksamana yang bergitu taat dan setia kepada sultan dan juga negara.
Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati raja dan keamanan
negara. Hang Tuah sanggup terjun ke dalam lubang najis semata-mata untuk
menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah.
PENGAJARAN
· Kita mestilah taat kepada sultan dan negara
Contoh: hal ini dapat dipamerkan pada watak Hang Tuah yang
merupakan tokoh kepahlawanan yang amat taat kepada perintah sultan. Hang Tuah
sanggup membunuh rakan karibnya iaitu Hang Jebat yang telah menuntut bela dan
membalas dendam terhadap Sultan Mansur yang telah membunun Hang Tuah. Namun,
demi ketaatan Hang Tuah kepada negara, dia sanggup membunuh sahabat karibnya
sendiri.
· Sebagai seorang wanita, kita mestilah mentaati
perintah suami
Contoh: hal ini dapat dipamerkan pada watak Tun Kudu. Tun kudu
merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah. Akibat daripada perbalahan yang
berlaku di antara Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, Sultan Muzaffar Syah telah
menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi
menyelamatkan kerajaan dibawah kepimpinan Sultan Muzaffar Syah
· Sebagai seorang pemimpin, kita janganlah
berlaku kejam dan menganiaya rakyat bawahan kita
Contoh: hal ini dapat ditonjolkan pada watak Sultan Mahmud Syah
yang telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh alhi keluarga Tun Fatimah
kerana ayahanda Tun Fatimah tidak memberitahu bahawa dia mempunyai seorang anak
gadis yang cantik.
· Kita janganlah bersalah sangka terhadap orang
lain
Contoh: hal ini dapat ditonjolkan pada watak Sang Rajuna Tapa
yang telah membuka pintu Singapura untuk diserang oleh Majapahit akibat
daripada anak perempuannya yang telah mati disula dan dipamerkan di pasar kerana
difitnah berbuat jahat dengan orang lain semasa zaman pemerintahan Raja
Iskandar Syah.
Kita janganlah menurut hawa nafsu dalam setiap perkara yang dilakukan
Contoh: hal ini dapat ditonjolkan pada watak Sultan Mahmud Syah
dalam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang. Sultan Mahmud Syah telah berlaku
kejam dan zalim terhadap rakyatnya bagi memenuhi kehendaknya. Sultan Mahmud
telah mengerahkan rakyatnya untuk menyediakan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang
hati kuman, jambatan emas dan perak, air pinang muda 7 tempayan, semangkuk
darah Raja Ahmad, dan 7 tempayan air mata
LATAR
Definisi latar : latar ialah pernyataan tentang masa, tempat, ruang, suasana dan pemikiran dalam sesebuah karya, seperti novel, cerpen dan drama. Latar berfungsi untuk menjelaskan tempat dan masa sesuatu peristiwa itu berlaku. latar sesebuah karya juga dikaitkan dengan citra masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya sama ada dari segi struktur pemikiran, budaya, sosial, ekonomi dan kepercayaan sesebuah masyarakat yang diceritakan dalam karya. peranan latar amat penting bagi mengembangkan tema, persoalan, plot, dan watak-watak yang berkesan dalam sesebuah karya. latar terbahagi kepada tiga iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat.
Latar Tempat
- latar tempat merujuk tempat berlaku sesuatu peristiwa yang dikaitkan dengan lokasi, seperti negeri, bandar, desa, kota, bumi, laut, angkasa dan lain-lain yang bersifat umum.
Negeri Hindi
- salah satu negeri yang ditakluk oleh Iskandar Zulkarnain
- rajanya bernama Raja Kida Hindi
- Raja Iskandar Zulkarnain menitahkan supaya Raja Kida Hindi memeluk agama Islam dan Raja Kida Hindi pon memeluk agama Islam
- Raja Kida Hindi mempunyai seorang anak perempuan yang cantik jelita yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah lalu dikahwinkan puterinya itu dengan Raja Iskandar Zulkarnain.
- perkahwinan diantara Raja Iskandar Zulkarnain dan Puteri Syahrul-Bariyah telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Raja Aristun Syah.
- apabila Raja Aristun Syah telah meningkat dewasa, baginda dikahwinkan dengan anak Raja Turkistan dan dikurnikan seorang cahaya mata yang bernama Raja Aftus.
- apabila Raja Kida Hindi mangkat, Raja Aristun Syah yang mengantikan pemerintahan di negeri Hindi.
- Raja Suran ingin menyerang dan menakluk negeri China
- Perdana menteri Negeri China telah membuah tipu helah dengan menyuruh orang-orang bawahan untuk menyediakan sebuah pilau yang besar yang diisi di dalamnya dengan beberapa benda seperti jarum, pohon, buah-buahan dan orang-orang tua untuk naik dan disuruh belayar ke Temasik kerana pada masa itu Raja Suran berada di Temasik. contoh di dalam teks:
- Raja Suran telah tertipu dengan tipu helah yang digunakan oleh Perdana Menteri Negeri China tersebut lalu membatalkan niatnya untuk menyerang Negeri China.
- Raja Suran telah masuk ke dalam laut untuk mengetahui apakah yang berada di dalam laut tersebut.
- baginda masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca.
- Raja Suran telah masuk ke dalam Negeri Dika
- Raja Akhtabu'l- Ard merupakan raja di Negeri Dika tersebut. Raja Akhtabu'l-Ard telah mengahwinkan puterinya yang bernama Tuan Puteri Makhtabu'l- Bahri dengan Raja suran dan dikurniakan 3 orang anak lelaki yang bernama Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita.
- Ketiga-tiga anak Raja Suran yang bernama Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita telah kembali ke dunia dengan menaiki seekor lembu putih.
- kedatangan ketiga-tiga anak Raja Suran tersebut telah menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunya menjadi perak dan batangnya menjadi suasa.
- Wan Empuk dan Wan Malini telah menjaga ketiga-tiga orang anak Raja Suran tersebut.
- Patih Suatang iaitu Raja Minangkabau telah datang ke Palembang dan bertemu dengan Demang Lebar Daun lalu meminta salah seorang dari anak Raja Suran untuk dirajakan di Minangkabau
- Nila Pahlawan atau Sang Si Perba menjadi Raja di Minangkabau
- Demang Lebar Daun telah memberi Krisyna Pandita untuk dirajakan di Tanjung Pura
- Nila Utama atau Seri Teri Buana telah dirajakan di Palembang
- Seri Teri Buana telah berkahwin dengan anak perempuan Demang Lebar Daun yang bernama Radin Ratna Cendera Puri kerana hanya puteri Demang Lebar Daun sahaja yang tidak mendapat penyakit kedal
- Seri Teri Buana dan Deman Lebar Daun telah membuat wa'adat atau perjanjian diantara raja dan juga rakyat biasa. Seri Teri Buana mewakili raja manakala Demang Lebar Daun mewakili rakyat biasa
- isi wa'adat tersebut menyatakan bahawa jika rakyat derhaka maka Allah akan menterbalikkan rumahnya manakala jika raja berlaku zalim terhadap rakyat maka kerajaanya akan dimusnahkan oleh Allah.
- Seri Teri Buana sedang mencari tempat untuk dibuat negeri baru
- Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun dan rakyatnya telah berhenti di suatu tempat. Seri Teri Buana sedang berehat di bawah pohon jambu laut lalu ada seekor binatang yang tangkas, berbulu,dan perkasa telah melintas di hadapan mereka lalu ghaib begitu sahaja
- Demang Lebar Daun menyatakan bahawa binatang yang dimaksudkan tersebut merupakan seekor binatang yang dipanggil singa.
- peristiwa Singapura dilanggar todak
- Tuan Jana Khatib merupakan seorang yang pandai ilmu Khayalillah. dia telah menilik sebatang pohon pinang lalu pohon tersebut terbelah dua. permaisuri Negeri Singapura telah melihat Tuan Jana Khatib menilik pohon tersebut lalu Paduka Seri Maharaja telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tuan Jana Khatib kerana menganggap Tuan Jana Khatib hendak menunjuk kehebatannya di hadapan permaisuri. sebaik sahaja darah Tuan Jana Khatib menitis ke tanah, tubuhnya telah ghaib dan dipercayai berada di Langkawi. sejak daripada peristiwa tersebut, Singapura telah dilanggar todak
- bendahara negeri Singapura telah mencadangkan rakyat untuk berkubukan batang betis namun cadangan yang diberi telah menyebabkan ramai rakyat Singapura meninggal dunia
- budak kecil yang bernama Hang Nadim telah mencadangkan berkubukan batang pisang.
- peristiwa tatal dan menarah kepala budak
- Betara Majapahit telah mengutuskan sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, digulung seperti subang ke Singapura
- Majapahit menyerang Singapura kerana Singapura menghantar tatal kepada Betara Majapahit. Betara Majapahit menganggap perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan
- Pasai merupakan sebuah negeri yang makmur dan menjadi pusat perdagangan
- Raja Syahru'n Nuwi telah mengantar hulubalangnya, Awi Dicu untuk pergi berpura-pura berdagang di Pasai
- Raja Syahru'n Nuwi telah menangkap Raja Pasai
- Raja Pasai disuruhnya menggembala ayam
- Raja Iskandar Syah telah membuka negeri Melaka.
- Raja Muda menggantikan Raja Iskandar Syah selepas baginda mangkat.
- Raja Muda merupakan orang pertama yang membuat menteri empat orang.
- selepas Raja muda mangkat, Raja Tengahlah yang menggantikan pemerintahan kerajaan Melaka.
- Selepas Raja Tengah mangkat, anakanda baginda Raja Kecil Besar yang menggantikan pemerintahan kerajaan tersebut
- negeri melaka menjadi aman, dan makmur serta menjadi pusat perdagangan.
- Latar masa merujuk masa, waktu atau zaman sesuatu peristiwa itu berlaku. era atau zaman dimaksudkan latar waktu yang lebih panjang seperti abad, zaman kuno, zaman moden dan sebagainya. Latar zaman juga dikaitkan dengan faktor-faktor sejarah yang dikaitkan dengan peristiwa yang dipaparkan dalam sejarah.
Zaman pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain
- Baginda merupakan anak Raja Darab dan berbangsa Rom serta berasal dari Makaduniah.
- Raja Iskandar Zulkarnain merupakan raja yang telah menghasilkan jurai keturunannya hingga pemerintahan Sultan Mahmud
- bagindalah yang membuka negeri Melaka
- negeri melaka maju dan terkenal di seluruh Tanah Melayu
- Melaka menjadi pusat perdagangan dan pengumpulan barangan
Zaman Pemerintahan Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah
- telah menggantikan pemerintahan ayahandanya iaitu Raja Tengah.
- mentadbir negeri Melaka dengan adil dan saksama. negeri Melaka maju dan makmur.
- Baginda bermimpi bertemu Rasulullah dan telah memeluk agama Islam.
- semua orang di negeri Melaka juga telah memeluk Islam
- Sultan Muhammad Syah telah membuat beberapa peraturan. antaranya ialah rakyat dilarang untuk menggunakan warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar, barangan emas tidak boleh dipakai melainkan pemberian raja sahaja dan sebagainya.
- baginda telah berkahwin dengan Tun Ratna Wati lalu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Raja Kassim.
- kemudian baginda mengahwini anak raja Rekan lalu dikurniakan seorang anak bernama Raja Ibrahim
- Sultan Muhammad Syah telah memerintah negeri Melaka selama 67 tahun kemudian baginda pon mangkatlah.
- Sultan Muzaffar Syah atau Raja Kassim.
- Bendahara Seri Wak Raja dia hendak datang ke balairung namun pintu telah tertutup kerana ditiup angin. bendahara salah faham dan menganggap baginda Sultan murka dengannya lalu dia pulang ke rumah dan membunuh diri dengan meminum racun
- baginda telah berkahwin dengan anakanda Bendahara Seri Wak Raja iaitu Tun Kudu
- Tun Kudu diceraikan dan dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja untuk menyelesaikan pertelingkahan anatra Seri Nara Diraja dan Paduka Raja.
- Raja Siam telah menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka namun berjaya dipatahkan oleh kebijaksanaan Tun Perak, saudara kepada Tun Kudu.
- baginda telah memerintah Melaka selama 42 tahun umurnya kemudian baginda pun mangkatlah.
- Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara Paduka Raja menyerang Indera Pura dan Indera Pura pon alah dengan Melaka.
- Sultan Mansur Syah menjalinkan hubungan dengan negeri Mangkasar
- Sultan Mansur telah memelihara dan menjaga Daeng Mempawah atau Hang Tuah. Hang Tuah telah mempelajari ilmu hulubalang.
- Sultan Mansur telah memelihara 8 orang anak muda yang diberi nama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. kelapan-lapan orang ini bersahabat dengan Hang Tuah.
- Hang Tuah digelar laksamana kerana kehebatannya dalam ilmu persilatan dan bermain keris.
- hang Tuah telah menyelamatkan kuda Sultan Mansur yang jatuh ke dalam telaga tahi.
- Sultan Mansur Syah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah kerana Hang Tuah dituduh bermukah dengan dayang. Seri Nara Diraja tidak membunuh Hang Tuah. dia membawa Hang Tuah ke hulu dusun dan dipasungnya.
- Sultan mansur Syah menjalinkan hubungan dengan negeri China. baginda menghantar pilau yang berisi sagu rendang hingga sarat ke negeri China.
- Raja China anak berkenan dengan Sultan Mansur Syah lalu dikahwinkan puterinya iaitu Puteri Hang Liu dengan Sultan Mansur Syah.
- Raja China terkena penyakit tulah dan hanya air basuhan kaki Sultan Mansur Syah sahaja ang dapat menyembuhkan tulahnya itu.
- Hang Jebat telah mengamuk di istana Sultan Mansur Syah kerana ingin membalas dendam kerana sultan telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah.
- Seri Nara Diraja telah membawa Hang Tuah pergi mengadap Sultan Mansur Syah dan dia telah diampunkan dosa-dosanya oleh bagnda sultan.
- Hang Jebat dan Hang Tuah pon berlawan keris dan akhirnya Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah
- Sultan Alaudin Riayat Syah telah pergi meronda pada malam hari bersama Hang Isap dan Hang Ishak untuk menangkap pencuri yang menganggu ketenteraman negeri Melaka pada masa itu.
- Sultan Alaudin telah menitahkan laksamana untuk ke Siak untuk mengirimkan surat kepada Sultan Ibrahim
- Tun Jana Pakibul, Perdana menteri Siak telah membunuh Tun anu tanpa pengetahuan daripada negeri Melaka.
- Sultan Mahmud telah bermukah dengan isteri Tun Biajid semasa Tun Biajid tiada di rumah.
- semasa Tun Biajid hendak pulang ke rumah, dia bertemu dengan Sultan Mahmud dari arah rumahnya. Tun Biajid ingin membunuh Sultan Mahmud tetapi dia masih terikat dengan kepatuhan kepada raja.
- Tun Isap telah membunuh Tun Ali Sandang dan disuruh oleh Sultan Mahmud supaya Tun Isap lari ke Pasai.
- Sultan Mahmud menyuruh Tun Mamat, Laksamana dan Sang Setia untuk pergi meminang Puteri Gunung Ledang
- puteri Gunung Ledang mengenakan beberapa syarat yang perlu dipenuhi jika sultan ingin menikahinya iaitu Jambatan emas, jambatan perak, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, setempayan air mata, setempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Ahmad. Sultan Mahmud mampu memenuhi kesemua syarat yang diminta tetapi tidak darah Raja Ahmad.
Latar Masyarakat
- latar masyarakat atau disebut sebagai citra masyarakat dikaitkan dengan gambaran masyarakat yang terdapat dalam karya
Masyarakat yang pandai ilmu penilikan
- hal ini dapat ditonjolkan pada watak Tuan Jana Khatib yang memiliki ilmu Khayalillah. Tuan Jana Khatib menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua semasa dia berada di Singapura.
- hal ini dapat dilihat pada watak badang yang menjadi gagah apabila dia memakan muntah hantu. kegagahan Badang telah tersebar ke serata negeri termasuk Negeri Benua Keling dan negeri Perlak. kedua-dua negeri ini telah menghantar orang terkuat di negeri masing-masing untuk mengalahkan kegagahan badang. namun, kegagahan badang tidak dapat dikalahkan oleh mereka. Badang mampu mengangkat batu sambil dilambung-lambung dan dilontarkan hingga ke Kuala sedangkan Nadi Bija Biakra yang dihantar oleh Benua Keling hanya terdaya mengangkat batu separas lututnya sahaja. Badang telah menindih paha Benderang yang dihantar oleh Perlak tetapi Benderang tidak mampu mengangkatnya manakala badang berjaya mengangkat pahanya apabila dia disesak oleh Benderang
- hal ini dapat dilihat pada watak Tun Perak yang bijak dalam membuat tipu helah semasa Siam hendak datang menyerang. Tun Perak menyuruh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyirih, tumu dan api-api di tepi pantai. angkatan Awi Dicu dari Siam tersalah anggap dengan tipu helah itu. mereka berasa gerun melihat angkatan Melaka yang begitu ramai.
- hal ini dapat dilihat pada watak Sultan Alaudin Riayat Syah yang keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak dan menyamar sebagai pencuri untuk menangkap pencuri dan membasmi masalah kecurian yang berlaku di negerinya.
- hal ini dapat dilihat pada watak Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota Singapura untuk diserang oleh Majapahit. Singapura telah kalah dengan Majapahit. dia berbuat demikian kerana dia berasa malu kerana anak perempuannya telah dihukum sula dan dipasrkan kerana telah difitnah berbuat jahat dengan orang lain. akibatnya, Sang Rajuna Tapa dan isterinya telah menjadi batu kerana derhaka kepada raja.
PLOT
Plot ialah urutan atau jalinana peristiwa dalam sesebuah karya cereka. Pembinaan Plot pula ialah kesatuan peristiwa yang saling berhubung dan tejalinsehingga mewujudkan sebuah cerita yang berasaskan hukum dan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Secara umumnya, binaan plot dalam sesebuah karya cereka mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu, permulaan (eksposisi), pertengahan ( perkembangan), dan pengakhiran.
i. Permulaan (eksposisi)
Peringkat pendedahan watak-watak, permasalahan yang dialami oleh watak-watak, gambaran latar masa dan tempat, sudut pandangan serta bayangan awal persoalan dan tema sesebuah karya.
Pada peringkat permulaan plot dalam teks Sejarah Melayu ialah menceritakan tentang keagungan yang dimiliki oleh Sultan Iskandar Zulkarnain yang terkenal sebagai seorang raja yang agung dan merupakan nenek moyang kepada jurai keturunan raja-raja Melayu. Pada peringakat ini juga turut juga diceritakan tentang kisah Raja Suran iaitu putera Sultan Iskandar Zulkarnain yang telah masuk ke dasar lautan menggunakan peti kaca. Raja Suran telah berkahwin dengan Puteri Mahtabu’l Bahri dan mempunyai tiga orang putera yang bernama Nila Utama, Krisyna Pandita dan Nila Pahlawan. Ketiga-tiga putera baginda telah turun di Bukit Siguntang dan bermula daripada peristiwa itu maka jurai keturunan raja-raja Melayu telah berkembang.
Nila Utama atau Seri Teri Buana telah membuat perteguhan waadat dengan Demang Lebar Daun yang membawa kepada wujudnya konsep daulat dan tulah dalam kalangan raja Melayu dan rakyat biasa. Dalam waadat itu Seri Teri Buana (raja) bersetuju tidak akan menghukum dan mengaibkan rakyat yang melakukan kesalahan serta berlaku zalim kepada rakyat. Seandainya, raja memungkiri janji ini maka Allah akan memusnahkan kerajaan raja tersebut. Demang Lebar Daun (rakyat) berssetju untuk taat setia kepada raja dan tidak akan menderhaka. Sekiranya rakyat menderhaka maka rumah rakyat tersebut akan diterbalikkan.
ii. Pertengahan (perkembangan)
Pada peringkat ini, perkembangan cerita akan memaparkan konflik yang menyebabkan watak-watak meghadapi kerumitan untuk menyelesaikan maslah-maslah yang boleh menimbulkan ketegangan dan kejutan. Dalam teks Sejarah Melayu memaparkan kisah dalam bahagian peringkat pertengahan dengan kisah tentang bagaimana raja-raja Melayu membuka negeri baru dan kisah tentang bagimana kerajaan atau negeri yang ditubuhkan mendapatkan nama. Contohnya, negeri Singapura yang pada awalnya dikenali sebagai Temasik telah dinamakan semula sebagai Singapura ekoran daripada peristiwa Sultan Muhammad yang telah melihat seeokar singa namun tiba-tiba ghaib begitu sahaja. selain itu, kisah tentang bagaimana Semundra mendapat nama juga turut diceritakan dalam bahagian ini iaitu semundra diambil sempena kisah Merah Silu melihat seekor semut yang besar. Tidak lupa juga tentang asal usul nama Melaka yang diambil sempena nama sebuah pokok serta tenang peristiwa seekor anjing yang telah jatuh ke dalam sungai setelah ditendang oleh seekor pelanduk putih.
Bahagian plot ini juga turut menceritakan tentang bagaiamana cara raja-raja Melayu memerintah dan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda kerajaan mereka dengan bantuan Bendahara dan Laksamana yang hebat antaranya Bendahara Paduka Raja dan juga Laksamana Hang Tuah. Turut juga diceritakan kebijaksanaan raja Melayu seperti kisah Sultan Alauddin Riayat Syah yang telah menyelesaikan masalah kecurian di Melaka dengan cara baginda sendiri menyamar sebagai rakyat biasa semata-mata untuk menangkap pencuri. Terdapat pelbagai lagi kisah yang diceritakan dalam bahagian perkembangan cerita dengan memaparkan kisah-kisah raja Melayu mengikut zaman pemerintahannya.
iii. Pengakhiran
Bahagian akhir cerita ialah peringkat antiklimaks yang menuju kepada peleraian masalah-maslah yang dihadapi oleh watak-watak sebelum menuju kepada penyelesaian cerita. Pada bahagian ini, pengarang telah menceritakan tentang kisah kejatuhan kerajaan yang diperintah oleh raja Melayu mengalami fasa kemerosotan akibat daripada berlaku pengkhianatan dan perebutan kuasa dalam kalangan pembesar. Dalam bahagian cerita ini juga turut diceritakan tentang nasib raja yang berlaku kejam kepada rakyat akan mendapat balasan yang setimpal. Episode tentang bagaimana Portugis dalam melepasi benteng pertahanan Melaka serta kisah mengenai si Kitul yang telah membawa kisah penting dalam penceritaan kepada kejatuhan pemerintahan raja Melayu kepada tangan penjajah. Dalam versi A. Samad Ahmad pemerintahan raja Melayu berakhir dengan kisah pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
GAYA BAHASA
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting. Pengarang menggunakan bahasa sebagai media untuk menyampaikan pemikiran atau amanat menerusi karyanya itu. Tanpa bahasa, maka tiadalah karya. Bahasa melibatkan banyak perkara. Unsur-unsur bahasa yang sering digunakan oleh penulis dalam penulisan ialah simile, personifikasi hiperbola dan inverse. Walau bagaimanapun, teks Sejarah Melayu ini hanya memaparkan beberapa gaya bahasa yang agak menonjol dan mudah untuk dikesan. Antaranya, gaya bahasa hiperbola, simile, bahasa istana dan bahasa klasik.
i. Hiperbola – perbandingan yang melampau.
Pengarang dalam teks Sejarah Melayu menggunakan gaya bahasa ini untuk memgambarkan kecantikan yang dimiliki oleh Tun Fatimah secara berlebih-lebih. Contohnya:
“Alkisah tersebutlah perkataan peribaik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah itu, terlalu elok rupanya, tiadalah cendalanya lagi, sedap manis pantas pangus, seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada ketika cuaca.”
ii. Simile- tamsilan atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara lansung. Menggunakan perkataan bandingan seperti, bagai, laksana, umpama dan bak. Gaya bahasa ini juga turut digunakan oleh pengarang dalam teks Sejarah Melayu.
“seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada ketika cuaca.”
iii. Bahasa Istana- bahasa rasmi yang digunakan oleh golongan istana sebagai bahasa pertuturan dalam kalangan masyarakat di dalam istana. Contohnya:
Maka sembah Badang, “Tuanku, jikalau dengan daulat tuanku, dapat patik melawan dia,Tuanku”.
iv. Bahasa klasik- bahasa yang digunakan sepenuhnya dalam teks Sejarah Melayu memandangkan teks ini merupakan teks sastera klasik yang wujud pada zaman sebelum wujudnya bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat zaman ini. Contohnya:
“ Hatta berapa lamanya baginda Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, datanglah peredaran dunia, maka baginda pun mangkatlah.”
Blog yg sangat menarik dan membuatkan saya lebih suka membaca cerita cerita di blog ini. Ianya ringkas tetapi mudah difahami. Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih diatas komen positif yang diberikan
DeleteSatu perkongsian yang menarik. Semoga ianya bermanfaat untuk para pelajar.
ReplyDeleteTerima kasih diatas komen positif yang diberikan
DeleteIsi kandungan yang dipaparkan sangat mudah difahami serta blog yang dapat menarik minat pelajar... Syabas!!!
ReplyDeleteTerima kasih diatas komen positif yang diberikan
DeleteSungguh padat dan mampat isi dan huraiannya.. Tahniah..amaiizing
ReplyDeleteTerima kasih saudari..semoga memberi manfaat kepada anda
Deletenota yang padat dan ringkas.ilmu yang bermanfaat.
ReplyDeleteTerima kasih saudari.. Semoga memberi manfaat kepada saudari
DeleteMmg menarik laa blog nii. Ada isi dan informasi. Kalau dulu2 ada benda mcm ni kan senang nak belajar
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
Deleteringkas dan bermanfaat
ReplyDeleteGood job. Full of information and fact
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
DeleteNota yang dapat dan mudah untuk di fahami.Tahniah
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
DeleteBlog yang sangat menarik dan banyak informasi yang berguna serta menambahkan lagi pengetahuan.
ReplyDeleteRingkas dah padat!! Terbaik!
ReplyDeleteBlog yang menarik !
ReplyDeletePadat dengan input yang berguna tambah pula musim peperiksaan semakin hampir , terima kasih .
Terima kasih...😊
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog yang sangat cantik, input yg ringkas dan padat, blog yang menarik minat org untuk membaca dan mudah difahami ❤️
ReplyDeleteTerima kasih ..semoga bermanfaat
Deleteisi kandungan blog ini sangat membantu, saya suka cara penyampaiannya yang mudah difahami
ReplyDeleteKandungan blog yang ringkas dan padat. Semoga bermanfaat bagi para pembaca
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
DeleteBlog anda amat menarik perhatian saya. Semoga blog ini bermanfaat bagi pembaca yang lain juga. Boleh mantapkan lagi penulisan anda ini
ReplyDeleteTerima kasih.. Semoga bermanfaat
DeleteBagus2. Amat2 bermanfaat dan menarik utk dibaca bagi mereka yang memerlukan info2 tersebut. Terima kasih
ReplyDeleteInfo yg bermanfaat, banyak pengetahuan yg sy belum tahu di highlight dlm text.
ReplyDeleteTapi, teks agak membosankan, tiada visual yg menarik perhatian..keep it up.
Terima kasih atas komen yang membina ..kami akan berusaha untuk memperbaiki lagi blog ini
DeletePerkongsian yang sangat menarik
ReplyDeleteperkongsian yang menarik dan ilmu baru
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
DeleteTerima kasih ! sangat bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan. Blog yang sangat cantik!
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
DeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
ReplyDeleteMaklumat yg diberikan lebih mudah difahami oleh pembaca dan sgt bermanfaat! Semoga trus maju jaya :)
ReplyDeleteblog yang sangat bermanfaat.., trima kasih di atas perkongsian..
ReplyDeleteSama-sama..terima kasih kerana sudi memberi komen..semoga bermanfaat
DeleteBlog menarik dan mudah difahami
ReplyDeleteterima kasih.. semoga bermanfaat
Deleteblog anda amat menepati citarasa saya. Harap bermanfaat kepada pembaca lain
ReplyDeleteterima kasih.. semoga bermanfaat
DeleteRingkas dan padat.
ReplyDeleteBlog anda amat menarik perhatian saya. Semoga blog ini bermanfaat bagi pembaca yang lain juga. Boleh mantapkan lagi penulisan anda ini
ReplyDeletebtw lagu anda sangat menyedihkan bila membaca blog anda..kasi kaww skit lagu
terima kasih.. semoga bermanfaat
DeleteMaklumat yang baik, cuma disebabkan ini blog tentang melayu, baik kiranya tanda baca seperti huruf besar, huruf kecil lebih dijaga. Terima kasih atas informasi.
ReplyDeleteterima kasih.. semoga bermanfaat
DeleteAssalamualaikum dan hai blogger!😊
ReplyDelete-Saya rasa blog ini sangat menarik..cumanya saya ingin menasihatkan agar menggunakan warna yang sesuai pada tulisan agar mudah dibaca oleh orang yang rabun seperti saya😂😂
-Segala input yang anda tulis...cukup infonya
-Tahniah dan selamat maju jaya untuk jadi blogger yang hebat😎😎
waalaikummusalam.. terima kasih kerana telah memberi komen yang membina.. kami akan cuba untuk menambahbaik blog ini..
DeletePerkongsian yang sangat menarik dan begitu bermanfaat ! Well done :)
ReplyDeleteterima kasih.. semoga bermanfaat
DeleteSatu perkongsian yang baik dan berguna, diharapkan dapat menjadi rujukan kepada para guru mahupun pelajar.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, sangat bermanfaat.
ReplyDelete