Pengenalan Kepada Sejarah Melayu Atau
Sulalatus Salatin.
Karya kesusasteraan lama iaitu
Sulalatus Salatin yang lebih dikenali dengan nama Sejarah Melayu
merupakan karya agung orang melayu yang merupakan hasil tulisan Tun Seri Lanang
atau nama sebenarnya Tun Muhammad yang merupakan pembesar istana dan berketurunan
bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor L
ama . Beliau menggunakan gelaran
Paduka Raja III ketika menjawat jawata sebagai bendahara. Tun Seri Lanang
adalah anak kepada Raja Tun Ahmad temenggung johor dan ibunya Tun
Ganggang. Beliau juga adalah cucu kepada bendahara seri maharaja Tun Mutahir
iaitu bendahara kerajaan melayu Melaka semasa pemerintahan sultan Mahmud syah
dan cicit kepada Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah.
Sumbangan Tun seri lanang dalam dunia kesusasteraab melayu cukup bernilai
kerana beliau telah berjaya menghasilakn sebuah karya agung setelah mendapat
perintah daripada Sultan Abdullah Maayah Syah seperti yang berikut.
“ Bahawa beta minta diperbuat hikayat
pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja-raja Melayu dengan
istiadat sekali; supaya diketahui ole segala anak cucu kita yang kemudian
daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syaha dan beroleh faedahlah
ia daripadanya”
PERANAN SEJARAH MELAYU
Teks Sejarah Melayu sebenarnya membawa satu peranan dan juga pengaruh yang besar kepada pembaca. Teks ini pada umumnya masih menjalankan peranan yang sama pada masa sekarang walaupun teks ini wujud pada awal perkembangan karya kesusasteraan di Nusantara dan kisahnya berkisar tentang peristiwa masyarakat Melayu pada zaman dahulu, namum jika pembaca cuba memahami dan mendalami setiap kisah di dalam teks ini maka peranan teks ini dapat dikesan dengan mudah. Antara peranan Teks Sejarah Melayu iaiah, sebagai alat pendidikan, pengajaran, kepuasan estetik serta juga berperanan dalam memberikan pedoman dalam aspek keagamaan dan moral.
i. Pendidikan
Teks Sejarah Melayu berperanan sebagai wadah untk menyampikan pendidikan kepada masyarakat khususnya pelajar di sekolah, memandangkan Teks ini telah dijadikan sebagai salah satu teks pembelajaran di Tingkatan 6 yang dikenali sebagai Teks Sulalatus Salatin vesi selenggaraan A.Samad Ahmad. Melalui pembacaan yang mendalam pelajar akan dapat mempelajari pelbagai nilai dan pedoman berdasarkan peristiwa yang dipaparkan di dalam teks ini. Tambahan pula, walaupun teks ini merupakan teks sastera sejarah namun masih ada fakta atau kisah sejarah yang boleh dihayati oleh pelajar. Teks ini juga mendorong pelajar untuk berfikir secara kritis dan di luar kotak bagi memahami inti pati sebenar teks ini.
ii. Pengajaran
Jika diteliti secara mendalam teks ini sebenarnya memberikan banyak pengajaran kepada pembaca. Hal ini demiian kerana, melalui penulisan ini pembaca dapat mengambil ikhtibar daripada pelbagai kisah antara golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Teks ini akan membawa pembaca untuk memahami onsep daulat dan taat setia dalam konteks institusi raja-raja Melayu pada zaman dahulu. Contohnya, kisah membawa pengajaran dan teguran secara langsung kepada golongan pemerintah melalui peristiwa Sultan Mahmud Syah yang memaparkan episode runtuhnya kerajaan Melaka akibat daripada sikap pemerintahnya yang banyak melalkukan kekejaman terhadap rakyatnya. Hal ini sudah tertulis dalam perteguhan waadat antara Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun, pihak yang melanggar waadat akan mendapat balasan yang setimpal.
iii. Kepuasan estetik
Peranan teks Sejarah Melayu sebagai wadah untuk kepuasan estetik bermaksud tentang penggunaan bahasa oleh penulis yang berjaya menarik minat pembaca untuk membaca teks ini. Bahasa yang digunakan oleh penulis juga bersesuaian dengan zaman kemunculan teks ini dan sesuai dengan genrenya iaitu teks sasera seejarah dalam jenis prosa traditional. Penggunaan unsur gaya bahasa yang pelbagai juga menjadikan teks ini menjadi antara teks sastera sejarah yang memenuhi kepuasan estetik sehingga diiktiraf sebagai teks karya agung.
iv. Aspek keagamaan.
Peranan teks Sejarah Melayu juga dapat lihat dengan jelas dalam aspek keagamaan, kerana di dalam teks ini turut ada penggunaan ayat-ayat suci al-Quran dan juga kisah tentanf bagaimana raja-raja Melayu telah memeluk agama Islam tambahan pula seperti yang diketahui raja pada zaman awal dipengaruhi oleh ajaran dan kepercayaan Hindu. Contohnya, kisah pengislaman Merah Silu yang bermula dengan peristiwa baginda bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan Rasullulah S.A.W telah meludah ke dalam mulut baginda. Setelah tersedar dari tidur baginda mendapati tubuh baginda berbau harum dan baginda sudah boleh mengaji serta nama baginda telah ditukarkan kepada Sultan Malikul Salleh dan itulah titik permulaan agama Islam di Semundra.
BIODATA PENULIS SEJARAH
MELAYU
Tun Muhammad atau
Tun Sri Lanang merupakan pengarang Sejarah Melayu. Tun Sri Lanang lahir dari
keturunan Bendahara Melaka dan Johor. Ia dipercayai hidup pada akhir abad ke-16
hingga awal abad ke-17. Paduka Raja ialah gelaran pembesar negara yang diterimanya
daripada sultan. Tun Sri Lanang dianggap sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu’
dan namanya seiring dengan kepopularan Sejarah Melayu itu sendiri. Pada 13 Mei
1612, Tun Sri Lanang diminta mengarang Sejarah Melayu oleh Raja Abdullah. Setahun
kemudian dari tarikh Tun Sri Lanang mengarang Sejarah Melayu, iaitu pada tahun
masihi 1913 Pasir Raja dialahkan oleh Acheh. Sultan Alaudin Riayat Syah dan
Yang Pertuan di-Hilir (Raja Abdullah) di bawa ke Acheh. Tun Sri Lanang telah
mengiringi rajanya ke Acheh. Semasa di Acheh, Tun Sri Lanang dapat menemui
ulama-ulama seperti Shamsuddin al- Sumaterani, Shaikh Nuruddin al-Raniri dan
beberapa orang lagi.
Shaikh Nuruddin
al-Raniri telah mengarang Bustanus Salatin (Taman Segala Raja-Raja) pada tahun
masihi 1638 telah menyebutkan nama Tun Sri Lanang sebagai pengarang Sejarah
Melayu, ini terdapat pada fasa 12 yang meriwayatkan raja-raja Melaka dan Pahang
(Agus Salim, 1966: 74). Namun, Tun Sri Lanang tidak mencatat namanya dalam
karya yang dihasilkan kerana Tun Sri Lanang tidak mungkin menonjolkan dirinya
kerana itubertentangan dengan amalan biasa masyarakat Melayu zamannya. Menurut Siti
Hawa Salleh (1997: 33) “ pada zaman pmerintahan raja-raja Melayu, yang
mengarahkan sesuatu penyalinan dibuat ialah raja atau seorang pembesar
tertentu. Dalam keadaan demikian, dapatlah dijangka bahawa penyalin berasa
tidak berhak sama sekali untuk mencatatkan namanya. Mungkin penyalin berasa namanya
tidak layak diletakkan di samping nama raja yang memerintahnya menulis atau
menyalin teks.
FUNGSI MITOS DAN LAGENDA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2006), mitos membawa maksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian alam dan sebagainya manakala menurut Harun Mat Piah (2003), lagenda dapat didefinisikan sebagai cerita prosa rakyat yang ditokohi oleh manusia yang ada kalanya mempunyai sifat-sifat luar biasa yang dibantu oleh kuasa dan makhluk lain.
menurut Hooykas (1965), mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul raja-raja. asal usul raja-raja kerajaan Melayu tua ini kebiasaannya dihubungkan dengan objek-objek seperti buluh, buih dan mayang pinang. pada zaman dahulu, raja dianggap sebagai bayangan Tuhan dan raja semestinya mempunyai sifat-sifat supernatural yang tidak dimiliki oleh rakyat biasa. Hal ini dapat ditonjolkan pada watak Raja Iskandar Zulkarnain dan kemudiannya memiliki keturunan yang bernama Raja Suran yang masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri yang berada di dasar laut kemudian di kurniakan tiga orang cahayamata. kemudian, tiga orang cahayamata yang turun di Bukit Siguntang yang bernama Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita. daripada tiga orang cahayamata Raja Suran ini lah telah menghasilkan jurai keturunan raja-raja Melaka dari Raja Iskandar Zulkarnain sehingga Sultan Mahmud Syah (Sultan Mahmud mangkat dijulang).
selain itu, mitos juga berfungsi untuk menceritakan asal usul nama tempat. mitos berkenaan dengan asal usul nama tempat ini selalunya dikaitkan dengan nama-nama binatang dan anasir-anasir alam seperti pokok, semut, singa, pelanduk, anjing dan sebagainya. sebagai contoh, nama Negeri Melaka diambil daripada nama pohon Melaka, tempat Raja Iskandar Syah berehat bersama denga pengikut-pengikutnya. Peristiwa anjing pemburuan baginda ditendang oleh pelanduk putih yang kecil menjadi salah satu faktor Raja Iskandar Syah membuka negeri di situ.
Menurut Yusoff Iskandar (1986) lagenda berfungsi untuk memperkuat konsep daulat, taat dan derhaka dalam masyarakat Melayu. hal ini dapat ditonjolkan pada watak Hang Tuah dan Hang jebat. Hang Tuah sanggup membunuh kawan baikknya sendiri yang derhaka kepada sultan Mansur Syah kerana sifat taat dan setianya Hang Tuah kepada sultannya walaupun sebelum itu sultannya telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas dirinya kerana dituduh bermukah dengan dayang istana. Hang Tuah juga sanggup terjun ke dalam lubang najis semata-mata untuk menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah.
Di samping itu, lagenda juga berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu. hal ini dapat dilihat pada watak Tun Perak yang bijak dalam mengatur strategi peperangan untuk menumpaskan pihak lawan. Tun Perak atau Bendahara Paduka Raja telah menyuruh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyirih, tumu dan api di sepanjang perairan pantai untuk melemahkan angkatan Awi Dicu yang datang dari Siam untuk menyerang Melaka. tipu helah yang dibuat oleh Tun Perak berjaya menakutkan angkatan Awi Dicu yang tersalah anggap bahawa angakatan Melaka ramai.
UNSUR-UNSUR TERTENTU DALAM TEKS SEJARAH MELAYU.
Sebagai sebuah teks Sastera sejarah yang unggul sehingga teks Sejarah Melayu ini dijadikan “plug into” oleh teks-teks sastera sejarah yang lahir selepasnya. Hal ini demikian kerana terdapat penerapan unsur-unsur tertentu yang menjadi kekuatan dan keistimewaan teks ini yang mungkin tidak ada pada teks sastera yang sezaman dengannya, tidak hairanlah jika teks Sejarah Melayu ini turut dikenali sebagai teks karya agung. Antara unsur tertentu yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu ini ialah unsur humor, mitos, lagenda, agama, dan asal-usul tempat yang ada kaitan dengan binatang,
i. Humor
· unsur humor merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu yang berjaya menjadikan teks ini mempunyai nilai dalam dunia kepengarangan. Humor adalah unsur yang lucu atau mencuit hati yang digunakan dalam sesuatu penulisan. Walaupun, teks Sejarah Melayu merupakan teks yang bertema politik dan dianggap sebagai satu tema yang berat namun, unsur humor masih berjaya menjadikan teks ini menghiburkan pembaca pada masa yang sama tanpa perlu terikat dengan satu tema yang terlalu serius.
· Contoh unsur humor yang terdapat dalam teks ini ialah tentang kisah bagaimana si Badang dan Benderang bermain asak paha semasa dalam majlis makan-makan. Walaupun mereka berdua digambarkan sebagai dua orang pahlawan yang gagah namun kegagahan Badang lebih terserlah. Unsur humor yang terdapat dalam kisah ini ialah apabila mereka sesame sendiri berasak paha dalam keadaan yang tidak dilihat oleh orang ramai sehingga kemenangan berpihak kepada Badang.
ii. Mitos
· Mitos ialah suatu unsur dogeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logik akal tetapi telah diolah oleh pengarang sebagai suatu kejadian yang benar-benar berlaku pada masa itu. Tambahan pula, seperti yang diketahui kewujudan unsur mitos dalam teks tersebut berkait rapat dengan reality kehidupan masyarakat Melayu pada masa itu yang masih mendapat pengaruh kuat Hindu dan juga kepercayaan animism.
· Penerapan unsur mitos ini adalah untuk, menunjukkan keagungan keturunan raja-raja, menyindir atau mengkritik raja, mendidik dan menakutkan rakyat. Contohnya, mitos mengenai bagaimana tiga putera Raja Suran yang telah turun di bukit Si Guntang iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama yang telah menyebabkan buah padi bertukar menjadi emas, daun menjadi perak dan batang bertukar menjadi suasa. Mitos ini berfungsi sebagai suatu penegasan bahawa ketiga-tiga ini memang berasal dari jurai keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang membawa kepada pemerintahan raja-raja Melayu yang seterusnya.
iii. Lagenda
· Lagenda dikenali sebagai dogengan sejarah , kerana cerita lagenda selalunya mengenai seorang tokoh yang terkenal pada sesuatu kawasan. Masyrakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup da wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan ditempat tersebut yang menarik dan memang wujud hingga masa sekarang.
· Unsur lagenda yang terdapat di dalam teks Sejarah Melayu ialah bertujuan untuk menguatkan atau mengukuhkan kepercayaan anggota masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa yang bercorak sejarah. Selain itu, juga untuk befungsi sebagai mengingati dan mengenang peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat Melayu seperti keagungan kesultanan Melayu Melaka.
· Contoh kisah lagenda yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu yang sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu ialah kisah lagenda peminangan Puteri Gunung Ledang semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Dalam peminangan itu Puteri Gunung Ledang yang menetapkan beberapa syarat seandainya Sultan Mahmuh Syah ingin mengahwininya. Antara syarat yang dikenakan oleh puteri itu ialah, sebuah jambatan emas dan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, setempayan air mata, setempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Ahmad. Namun, peminangan itu gagal kerana sultan tidak mampu memenuhi syarat untuk memberikan darah putera baginda. Kisah lagenda ini tetap menjadi kepercayaan dan dekat dengan hati masyarakat Melayu sehingga ke hari ini.
iv. Agama
· Unsur agama Islam juga turut terdapat dalam teks Sejarah Melayu yang menjadi panduan kepada sultan juga masyarakat setelah sultan memeluk agama Islam. Penarapan unsur ini jelas dilihat dalam pelaksanaan undang-undang seperti dalam adat perkahwinan iaitu akad nikah.
· Dalam teks ini juga turut diceritakan tentang bagaimana raja Melayu memeluk agama Islam seperti kisah Merah Silu yang telah bermimpi bertemu dengan Raslullah S.A.W dan Rasulullah S.A.W telah meludah ke dalam mulut baginda. Apabila terjaga dari tidur Merah Silu mendapati badannya berbau harum dan baginda sudah boleh mengaji serta nama baginda telah ditukar kepada Sultan Malikul Salleh.
· Unsur Islam dalam teks Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Feringgi.
v. Asal-usul tempat yang ada kaitan dengan binatang.
· Pembukaan negeri Melaka telah dikaitkan dengan kisah anjing perburuan Raja Iskandar Syah yang telah ditendang oleh seekor pelanduk putih lalu jatuh ke dalam sungai. Baginda berasa sangat kaum dengan kekuatan pelanduk itu dan merasakan bahawa tempat tersebut elok untuk dibuka sebuah kerajaan. Baginda menamakan tempat itu Melaka sempena nama pokok tempat baginda bersandar.
· Seterusnya kisah pembukaan negeri Singapura pula turut dikaitkan dengan kisah kemunculan seekor haiwan yang bernama singa. Kisah ini berlaku semasa Seri Teri Buana berteduh di bawah pokok jambu dan baginda terlihat seekor binatang yang berbulu merah pada tubuh dan mempunyai kepala yang berwarna putih pada dada melintas dengan agak pantas di hadapan baginda lalu baginda menamakan tempat itu sebagai Singapura sempena nama haiwan yang dilihat oleh baginda.
No comments:
Post a Comment