WATAK PERWATAKAN DALAM SEJARAH MELAYU
RAJA SURAN
- keturunan Raja Iskandar Zulkarnain
- Raja Suran telah masuk ke dalam dasar laut dengan menggunakan sebuah peti kaca. baginda telah sampai di sebuah negeri yang diberi nama Negeri Dika. baginda telah berjumpa dengan Raja Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. hasil perkahwinan mereka mendapat 3 orang anak lelaki iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Raja Suran telah menyuruh Raja Jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu sebagai keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
NILA PAHLAWAN ATAU SANG SAPURBA
- baginda telah menjadi raja di Minangkabau
- suami kepada Wan Empuk dan saudara kepada Krisyna Pandita dan Nila Utama
- penduduk di Minangkabau mahu menguji kesaktian Sang Sapurba dengan meminta baginda membunuh ular sakti Mona. Sang Sapurba telah meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang Kini kepada seorang hulubalang bernama Permasku Mambang. beliau berjaya membunuh ular tersebut.
KRISYNA PANDITA
- baginda menjadi pemerintah kerajaan Tanjung Pura dan telah berkahwin dengan Wan Malini
- merupakan saudara kepada Nila Pahlawan dan Nila Utama
NILA UTAMA ATAU SERI TERI BUANA
- Nila Utama di rajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana
- Seri Teri Buana mahu beristeri tapi malangnya semua anak raja yang ditidurinya mendapat penyakit kedal
- Seri Teri Buana telah mendapat tahu akan kecantikan Raden Ratna Cenderapuri anakanda Demang Lebar Daun dan telah mengahwininya.
- bersetuju mengadakan waadat yang melibatkan Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun. Seri Teri Buana mewakili pihak raja dan berjanji tidak akan berlaku zalim dengan memalukan rakyat yang bersalah. sekiranya perjanjian ini dilanggar maka kerajaannya akan dimusnahkan oleh Allah.
- Wan Seri benih sangat berkenan memandang Seri Teri Buana dan diserahkan kerajaannya serta dijadikan anak angkatnya. Seri Teri Buana menjadi raja selama 2 tahun di Bintan.
- di atas bukit di pulau Temasik, Seri Teri Buana telah terpandang seekor singa. bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai. lalu baginda mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan membuka kerajaan di situ
- baginda mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda
DEMANG LEBAR DAUN
- bendahara di Palembang dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Raden Ratna Cenderapuri
- memperteguhkan waadat dengan Seri Teri Buana dan mewakili rakyat.
- melalui waadat tersebut Demang lebar Daun sebagai rakyat bersetuju untuk tidak derhaka kepada raja. jikalau rakyat derhaka rumahnya akan dibalikkan, kaki tiang ke langit.
SI BADANG
- badang adalah seorang hamba kepada seorang perempuan yang tinggal di Sayung.
- ikan yang tertangkap di lukah yang ditahannya telah dimakan oleh hantu. hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh. untuk mengelakkan dirinya dibunuh, dia berjanji akan menunaikan segala hajat badang. badang memohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. untuk itu hantu meminta badang memakan muntahnya. selepas makan muntah hantu itu, badang telah menjadi sangat gagah
- raja di Benua Keling telah menghantar pahlawan yang tergagah untuk menandingi kegagahan badang yang bernama Nadi Bija Biakra
- dalam pertandingan itu, mereka disuruh bergusti. badang berjaya menewaskan Nadi Bija Biakra. mereka juga bertanding mengangkat batu, Nadi Bija Biakra hanya terdaya mengangkat separas lutut. manakala badang mengangkat batu sambil dilambung-lambung dan dilontarkannya hingga ke Kuala
- Raja Perlak pula telah menghantar pahlawannya yang bernama Benderang untuk mengalahkan badang. sebelum pertandingan diadakan, badang terlebih dahulu meminta untuk menguji Benderang dalam majlis makan malam. badang telah menindih paha Benderang tetapi Benderang tidak mampu mengangkatnya. bagang pula berjaya mengangkat pahanya bila disesak oleh Benderang
- keesokan harinya, Tun Perpatih Pandak selaku ketua rombongan Perlak telah meminta supaya pertandingan itu tidak diteruskan, kerana bimbang ianya akan menyebabkan hubungan Singapura dan Perlak menjadi rosak
- satu hari Merah Silu telah pergi berburu, anjingnya Si Pasai telah menemui seekor semut besar. semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semundra yang bererti semut besar
- Merah Silu juga telah memeluk Islam ditangan fakir Sultan Muhammad itu. malamnya, Merah Silu telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca al-Quran. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh
- dia mendapat 2 orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur hasil perkahwinan dengan Puteri Gangga anak Raja Perlak
- Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. anjing pemburuannya telah menyalak disatu kawasan tanah tinggi. tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. ianya ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di Pasai dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu'd din. Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samundra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid'd din
- Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayalillah telah datang ke Singapura. dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. katanya, Tuan Jana Khatib hendak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. sebaik darahnya menitis ketanah, tubuhnya telah ghaib. tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. selepas peristiwa ini, Singapura telah dilanggar todak dan ramai rakyat Singapura telah terkorban
- anak perempuannya telah dihukum canggai (sula) dipasar kerana difitnah berbuat jahat dengan orang
- Sang Rajuna Tapa berasa malu
- dia mengirimkan surat kepada Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura dan dia bersedia untuk membelot dari dalam. rakyat Majapahit telah menyerang Singapura. Singapura dikepung selama sebulan oleh Demang Mangku Negara. bekalan makanan dikatakan telah habis, apabila rakyat Singapura telah keletihan, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota dan Singapura telah dikalahkan.
- Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu kerana derhaka kepada raja
- menitahkan agar anak Sang Rajuna Tapa dihukum sula kerana didapati berbuat jahat
- Raja Iskandar Syah melarikan diri ke tanah besar setelah Singapura jatuh ke tangan Majapahit
- Raja Iskandar cuba membuka sebuah negeri baru di Hulu Muar, malangnya ia diserbu oleh biawak. oleh itu, negeri itu dinamakan Biawak Busuk. baginda berpindah ke Sungai Ujong membina kota, keesokan harinya kota itu menjadi buruk lalu dinamakan Kota Burok. baginda berpindah pula ke Sening Ujong dan seterusnya ke Bertam
- di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing pemburuan baginda ditendang oleh seekor pelanduk putih. semasa peristiwa itu berlaku, baginda sedang duduk di bawah pohon Melaka lalu tempat itu dibuka dan dinamakan Melaka.
- baginda telah bermimpi berjumpa Rasullulah. Rasulullah telah mengajarkannya kalimah Tayyibah dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. selepas bangun dari tidur, baginda mendapati tubuhnya berbau harum dan di asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga disangka baginda telah dirasuk oleh syaitan
- Syed Abdul Aziz telah dibawa masuk ke istana dan semua orang pon telah memeluk Islam. mereka semuanya berguru kepada Syed Abdul Aziz.
- bendahara bergelar Seri Wak Raja, perdana menteri bergelar Seri Amar Diraja, penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja
- melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar
- rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadap.
- tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris
- tidak boleh bergelang emas di kaki dan berkeroncong emas kepala perak
- barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja
- jika hendak masuk ke istana perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. jika keris dibelakang akan dirampas
- payung putih khusus untuk raja manakala payung kuning untuk putera raja
- suatu hari, bendahara datang ke istana, kebetulan raja sudah hendak masuk kerana dia sudah lama dibalai penghadapan. pintu pula tertutup oleh tiupan angin. bendahara menyangka sultan tidak berkenan lagi pada dirinya lalu dia pon membunuh diri. peristiwa ini sangat dikesali oleh sultan
- anak Bendahara Seri Wak Raja iaitu Tun Kudu telah menjadi isteri kepada Sultan Muzaffar Syah
- untuk merapatkan hubungan antara hubungan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, baginda telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja
- Tun Kudu telah menjadi isteri kepada Sultan Muzaffar Syah
- merupakan saudara kepada Tun Perak dan Tun Perpatih Putih
- telah diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah dan dikahwinkan pula dengan Seri Nara Diraja atas titah sultan
- Tun Perak telah membawa tenteranya untuk mempertahankan Melaka bersama dengan isteri masing-masing. pengikutnya tidak puas hati dan mengadukan hal tersebut kepada raja. Tun Perak menyatakan bahawa pengikutnya akan berperang dengan lebih bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu menjaga keselamatan isteri mereka masing-masing disamping berperang untuk raja
- Sultan berpuas hati dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun Perak sebagai bentara di istana
- tidak lama kemudian, Tun Perak dilantik pula menjadi bendahara bergelar Paduka Raja
- Bendahara Paduka Raja telah menyuruh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyirih, tumu dan api-api di tepi pantai. angkatan Awi Dicu tersalah anggap dengan tipu helah itu. mereka berasa gerun melihat angkatan Melaka yang begitu ramai
- Puteri Onang Sari dikahwini oleh baginda dan emndapat 2 orang anak iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad
- Raja di Goa telah berjaya mendapatkan anak raja Bajung yang bernama Daeng Mempawa untuk dihadiahkan kepada baginda. budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama sebagai Hang Tuah
- di Melaka pada masa itu, terdapat 9 orang perhangan iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekieu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan, dan Hang Hussin
- Sultan Mansur Syah juga turut jatuh berahi pada Raden Galuh Cendera Kirana lalu baginda mengahwininya
- Raja China meminta Sultan Mansur Syah datang ke China bagi dikahwinkan dengan Puterinya Hang Liu
- air basuh kaki dari Sultan Mansur Syah telah diminum dan dibuat basuh muka untuk mengubati penyakit kedal maharaja China
- mahir ilmu menjinakkan gajah
- Tun Bijaya Sura telah menari di hadapan Betara Majapahit. di gertaknya anjing yang ada di balai itu, terkejut ketakukan dan terus lari ke hutan. dia juga bermain sapu-sapu rengit. dalam permainan itu, dia dan pembantunya dapat duduk dan melunjurkan kaki ke arah Betara Majapahit. kelakuannya itu dapat dikesan oleh Betara Majapahit sebagai mahu membalas perbautannya yang menambatkan anjing dihadapan Raja Melaka seolah-olah Raja Melaka itu menyembah anjing tersebut.
- Hang Tuah telah beroleh gelaran laksamana dari sultan yang mengenang jasanya membunuh seorang tua jawa yang mengamuk di Melaka. Hang Tuah juga telah berjaya membunuh 74 orang mengamuk di Melaka
- Suatu ketika, kuda sultan Mansur Syah telah jatuh ke dalam telaga tahi. beratus-ratus orang yang melihat namun tak seorang pon yang mahu turun ke dalam telaga tahi lalu Hang Tuah pon terjun ke dalam telaga tahi dan menambat kuda dengan tali barulah kuda dapat ditarik naik ke atas
- HAang Tuah telah dituduh bermukah dnegan seorang dayang istana. sultan telah menyuruh Seri Nara Diraja menjalankan hukum bunuh. walaubagaimanapun, Seri Nara Diraja tidak melakukan hukuman itu. sebaliknya Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya ke Hulu Melaka dan dipasung
- Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam dengan Hang Jebat. 2 3 kali kerisnya terlekat di dinding dan tiang. sekali keris Hang Jebat terlekat terus dia ditikam oleh Hang Tuah. dengan tikaman yang kedua, Hang Jebat pon meninggal dunia
- pangkat laksamana dikembalikan semula kepadanya. dia didudukkan sama taraf dengan Seri Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan. laksmana mempunyai 2 orang isteri, isteri pertama iaitu saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongok ada tiga anak iaitu Tun Sirah ( isteri temenggung Khoja Hussin). Tun Biajid dan Tun Daerah ( isteri Sultan Mahmud). Dengan isterinya yang kedua dari keluarga bendarhara Paduka Raja ada dua orang anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa ( isteri Hang Nadim)
TUN PERPATIH
- Dia membawa sagu rendang sarat sekapal. Sagu rendang itu kononnnya diambil sebiji seorang dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya.
- Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang. untuk makan dibimbit hujung kangkung itu ke atas. jadi dapatlah mereka melihat raja China yang berada di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya.
- Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut. Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu tidak mahu diduduki lagi. Istana baru minta diperbuatkan.
TUN MUTAHIR
- Bendahara telah melihat ada cahaya yang terpancar dari kepala Tun Mutahir ke langit. Bendahara meramalkan bahawa Tun Mutahir akan dapat menjadi orang besar. Bahkan lebih dari dirinya tapi kebesaran itu tidak akan kekal lama.
- Anak Seri Nara Diraja.
- TunMutahir dijadikan temenggung dan bergelar Seri Maharaja.
- satu perangainya yang buruk ialah beliau seorang yang suka bergaya. dalam sehari enam tujuh pasang persalinannya. Bagaimanapun setelah beliau, menjadi bendahara, negeri Melaka semakin makmur.
SULTAN ALAU'D-DIN RIAYAT SYAH
- Sultan Alauddin beristeri dua orang. Isteri pertama ada dua orang anak iaitu Raja Menawar dan Raja Zainal, isteri kedua ada tiga orang anak iaitu Raja Hitam, Raja Muhammad dan Raja Zainal. Dalam negeri berlaku banyak kes kecurian.
- Bagi mengatasi masalah, baginda sendiri telah keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak.
SULTAN MAHMUD SYAH
- Sekali peristwa Sultan Mahmud sakit perut buang-buang air. Terpaksalah Bendahara Paduka Raja dan Laksamana mengasuhnya. Bendahara membasuh beras, Laksamana memasaknya. Bila masak Bendahara yang mmenyuapkannya. bila buang air, Laksmana membasuhnya.
- Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan Isteri Tun Biyajid ketika Tun Biyajid pergi ke Merba. semasa mahu pulang diwaktu dinihari, dia terserempak dengan Tun Biyajid. Tun Biajid hampir melembing Sultan Mahmud kalau tidak diingatnya yang Sultan Mahmud adalah tuannya.
- Sultan Mahmud telah memberikan sirih dalam puan kepada Tun Isap sebagai isyarat supaya Tun Ispa membunuh Tun Ali Sandang kerana telah melihat baginda pergi kepada Tun Dewi.
- Sultan Mahmud seorang yang cepat marah. Dia telah mengarahkan supaya Seri Bija Diraja dibunuh kerana dia tidak datang menghadapnya pada hari Raya.
- Sultan Mahmud sendiri tidak dilayan oleh Maulana Yusuf kerana dia datang untuk belajar sebagai yang dipertuan. Dia hanya dilayan bila datang sebagai fakir Mahmud.
- Kelantan juga berjaya dikalahkan. tiga orang puteri Kelantan ditawan dan dibawa balik ke Melaka. Puteri Onang Kinang diperisterikan baginda.
- baginda berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Laksaman dan Sang Setia disuruh meminang.
- Baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak ke Gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, hati kuman 7 dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan semangkuk darah Raja Ahmad. Bila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud baginda mengaku dapat menyediakan semua permintaan kecuali semangkuk darah Raja Ahmad.
- Ini membuatkan baginda berahi dengan Tun Teja. Baginda bersumpah, sesiapa yang dapat mendatangkan Tun Teja akan diberikan hadiah yang besar, sekalipun dia meminta sekerat daripada negeri Melaka.
- Sultan Mahmud murka dengan ketampanan serta pujian yang diterima oleh Raja Zainal yang lebih dari dirinya sendiri dan secara senyap-senyap memyuruh Hang Berkat pergi membunuh Raja Zainal. Hebohlah orang mengatakan Raja Zainal telah mati dibunuh oleh pencuri.
- Sultan datang dan sangat tertarik dengan Tun Fatimah dan menuduh bendahara sebagai seorang yang jahat. Sultan berdendam dengan Bendahara.
- Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan suami serta sepupunya dibunuh orang Tun Abdul Karim, Tun Jenal dan Tun Fatimah tidak dibunuh. Sebaliknya Tun Ftimah dijadikan isteri.
- Sejak diperisterikan Sultan Mahmud, TunFtimah tidak pernah senyum. Dia sentiasa berdukacita. Sultan Mahmud juga sangat menyesal kerana telah membunuh Bendahara Seri Maharaja. Baginda telah turun taktah dan diserahkan pada anaknya Sultan Ahmad Syah. Baginda membawa diri ke Kayu Ara dengan ditemani oleh Sang Sura.
- Baginda semasa hendak mati telah mewasiatkan Bendahara menjaga anakdah baginda.
HANG NADIM
- Menantu Laksaman Hng Tuah.
- Sultan Mahmud telah menitahkannya ke Benua Keling untuk membeli kain batik. 40 bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga.
- kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan pulang nanti. simpahannya menjadi kenyataan bila kapal Hnag Isap telah karam dipukul ribut.
- Dia berjaya pulang ke Melaka dengan membawa 4 helai kain sahaja. Sultan murka dengannya.
- Hang Nadim telah berbuat baik dengan seorang perempuan tua, tukang pelulut dan juga nakhoda Saiyid Ahmad. Dengan bantuan mereka, Hng Nadimberjaya melarikan TunTeja ke Melaka.
TUN TEJA RATNA MENGGALA
- Anak bendahara negeri Pahang.
- Telah dilarikanoleh Hang Nadim ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan Mahmud.
- Telah diguna-guna oleh Hang Nadim memggunakan khidmat bantuan si pelulut tua.
- Tunang Sultan Abdul Jamal.
TUN FATIMAH
- Tun Fatimah ditunangkan dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, sepupunya. Raja di Baruh iaitu bapa sauadara Sultan Mahmud.
- Ayahnya Bendahara Seri Nara Diraja, dan Tun Ali suaminya dibunuh. Tun Ftimah dijadikan isteri Sultan Mahmud.
- Tun Fatimah pula bila hamil dibuangkannya. Alasannya, kerana pengganti raja telah ada. Sultan Mahmud berjanji akan merajakan anak, barulah kandungan itu dibela. Malangnya, Tun Fatimah hanya mendapat anak perempuan iaitu Raja Putih dan Raja Khadijah.
Watak dan perwatakan yang dinyatakan sangat jelas
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
Deletemudah untuk difahami.
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
DeleteBlog yang menarik !
ReplyDeletePadat dengan input yang berguna tambah pula musim peperiksaan semakin hampir , terima kasih
Bagus sekali penulisannya. Senang utk saya buat rujukan dan pembacaan. Tq
ReplyDeleteBlog yg sgt bgus.. Dan penuh dgan input yg berkesan buat prlajar
DeleteTahniah penyampaian isi yang menarik dan mudah difahami
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
Deleteblog yang sangat berkualiti, dan mudah difahami
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
Deleteisi ringkas dan padat.. info yg sgt penting.. terima kasihhh
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
DeleteMaklumat berkaitan watak perwatakan disampakan secara terperinci dan mudah dijadikan panduan
ReplyDeletePerkongsian yg penuh informasi dan bermaklumat
ReplyDeleteTerima kasih..
DeletePerkongsian yg brmanfaat dan mudah difahami
ReplyDeletemaklumat mudah difahami. terima kasih untuk perkongsian
ReplyDelete