ASPEK-ASPEK YANG MENARIK DAN UNIK DALAM SEJARAH MELAYU
- Pantang Larang Sebagai Adat Istiadat dan Perundangan Negara
dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak pantang larang yang dikemukakan oleh penulis yang telah diangkat menjadi adat istiadat sehingga ke hari ini. walaubagaimanapun, pantang larang ini telah disesuaikan semula sesuai dengan penerimaan masyarakat Melayu dahulu. ini ekoran daripada kebanyakan pantang larang pada zaman dahulu mempunyai pengaruh ajaran agama Hindu namun setelah raja-raja Melayu memeluk agama Islam pantang larang atau adat istiadat telah mengalami sedikit perubahan namun masih tertakluk kepada konsep daulat kepada raja atau sultan. antara contoh pantang larang atau adat istiadat ialah seperti yang berikut :
- melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar, kerana warna kuning merupakan warna diraja dan hanya raja serta kaum kerabat raja yang boleh menggunakan warna itu
- rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung. perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan
- tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris
- tidak boleh bergelang emas di kaki. tidak boleh berkeroncong emas kepala perak
- barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja
- jika hendak masuk ke istana perlu memakain kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. jika keris di belakang akan dirampas
- payung putih khusus untuk raja dan dan payung kuning pula untuk putera raja
- Kepemimpinan dan Kenegaraan dalam Teks Sejarah Melayu
menggambarkan kisah raja Melaka yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. kehebatan Raja Iskandar Zulkarnain terbukti melalui kegagahan dan keberanian baginda menakluk negeri Kida Hindi. Seterusnya, baginda berjaya mengislankan beberapa orang pemerintah dan rakyat dinegeri tersebut melalui perkahwinan antara baginda dengan Puteri Syarul Bariyah. kelebihan yang terdapat melalui jurai keturunan Raja Iskandar Zulkarnain memperlihatkan bahawa keturunan raja-raja Melayu berasal dari raja yang besar, gagah serta terkenal. hal ini secara tidak langsung mengangkat martabat raja-raja Melayu
A' Alam ketahui olehmu, pada zaman dahulu kala dan pada masa yang telah lalu kata yang empunya ceritera bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab Rom bangsanya Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya. sekali bersetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit maka baginda sampai pada suatu bi'at negeri Hindi. maka ada seorang raja ditanah Hindi terlalu besar kerajaannya, setengah kerajaan Hindi itu dalam tangannya, namanya Raja Kida Hindi. setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pon menyuruhkan perdana menteri menghimpun segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. setelah sudah kampung semuanya maka dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar. maka setelah bertemulah segala rakyat antara kedua belah pihak itu, lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang ada dalam Hikayat Iskandar itu. maka alahla Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar ditangkap hidupnya oleh Raja Kida Hindi itu maka disuruhlah oleh Raja Iskandar membawa iman, maka Raja Kida Hindi pon membawa imanla dan jadi Islam, dalam agama Nabi Ibrahim Kalilu'illah alaihai salam.
- Kedatangan Islam di Tanah Melayu
kedatangan Islam di Tanah Melayu telah disuratkan melalui beberapa kisah mengikut zaman pemerintahan raja atau sultan di sesebuah kerajaan. peristiwa kedatangan Islam ini sangat penting dalam teks Sejarah Melayu kerana melalui kisah yang diceritakan, pembaca dapat membuat kesimpulan bahawa proses penyebaran Islam pada zaman dahulu bermula daripada institusi raja. raja yang memeluk agama Islam secara tidak langsung akan membawa rakyatnya untuk turun serta memeluk agama Islam. agama Islam juga akan menjadi agama rasmi kerajaan tersebut. antara dua kisah yang sangat sinonim dalam aspek ini ialah kisah penyebaran Islam di Semundra dan Melaka
- Semundra : kedatangan Islam ke Semundra dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Merah Silu bermimpi Nabi Muhammad s.a.w telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan pada keesikan harinya, setelah Merah Silu terjaga dari tidur baginda telah boleh mengaji dan badan baginda berbau nawarastu.
- Melaka : kedatangan Islam ke Melaka pula dikaitkan dengan peristiwa Raja Kecil Besar yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah telah diislamkan Oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui mimpi. dalam mimpi itu, Raja Kecil Besar telah diajar mengucap dua kalimah syahadah, dikhatankan dan diberi nama Islam iaitu Sultan Muhammad Syah. pada keesokan harinya semua perkara yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan tubuh baginda turut berbau nawarastu
- Kisah Singapura Dilanggar Todak
mitos ini megisahkan tentang peristiwa ikan todak menyerang Singapura. peristiwa ini berlaku semasa Singapura diperintah oleh Paduka Seri Maharaja. peristiwa ini telah menyebabkan ramai rakyat Singapura mati kerana ditikam oleh ikan berkenaan. Paduka Seri Maharaja mengarahkan semua rakyat berkubu betis. akan tetapi cara itu telah menyebabkan ramai rakyat yang mati. akhirnya serangan ikan todak tersebut berjaya diatasi oleh kebijaksanaan seorang budak lelaki yang menyarankan batang pisang dijadikan sebagai kubu. peristiwa ini juga berlaku ekoran daripada peristiwa Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu Khayalillah telah datang ke Singapura. dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja, katanya Tuan Jana Khatib hendak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. sebaik darahnya menitis ke tanah, tubuh Tuan Jana Khatib telah ghaib. tubuhnya itu dikatakan berada di Langkawi. selepas peristiwa itu Singapura telah dilanggar ikan-ikan todak dan ramai rakyat Singapura telah terbunuh.
- Kekuatan yang Luar Biasa
badang beroleh kegagahan yang luar biasa yang sukar dipercayai dan diterima oleh akal manusia. badang dikatakan memperoleh kekuatan yang luar biasa setelah dia memakan muntah hantu yang selalu mencuri hasil tangkapannya. kegagahan badang yang luar biasa itu membolehkannya melakukan kerja-kerja berat dalam waktu yang singkat dan majikannya berpuas hati dengan hasil kerjanya. disebabkan badang memiliki kekuatan yang luar biasa badang telah mendapat mandat daripada Sultan untuk bertanding dengan pahlawan dari Majapahit iaitu Nadi Bija Biakra yang telah kalah dalam pertandingan hanya kerana terdaya mengangkat batu separas lutut. manakala badang mengangkat batu itu sampai dilambung-lambung dan dilontarkannya hingga ke Kuala. selain itu, badang juga telah mengalahkan pahlawan daripada Perlak iaitu Benderang dengan cara menindih paha Benderang sehingga dia tidak mampu mengangkatnya. Badang pula berjaya mengangkat pahanya bila disesak oleh Benderang.
- Peminangan Puteri Gunung Ledang
kisah peminangan Puteri Gunung Ledang telah berlaku semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. baginda berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang Puteri Gunung Ledang itu. walaubagaimanapun, Puteri Gunung Ledang telah menetapkan beberapa syarat kepada baginda sebelum menerima lamaran tersebut. antara syarat yang telah ditetapkan ialah baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak dari gunung Ledang ke Melaka, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan semangkuk darah Raja Ahmad. apabila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud, baginda mengaku dapat menyediakan semua permintaan Puteri Gunung Ledang kecuali semangkuk darah Raja Ahmad. akhirnya, baginda terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana baginda lebih menyayangi putera baginda.
SENARAI VERSI SEJARAH MELAYU
Memetik daripada buku Kanon Melayu hasil karya Norazimah Zakaria telah menunjukkan kajian mutahir terhadap Sejarah Melayu menunujukkan bahawa di berbagai-bagai pusat koleksi dan kepustakaan dunia ini terdapat sekurang-kurangnya 29 buah naskah Sejarah Melayu. Bahan kesusasteraan mengenai Sejarah Melayu hingga pada masa ini pula terdapat dalam pelbagai bentuk. Antaranya:
1. Dalam bentuk naskah Jawi, berbagai-bagai versi, resensi dan salinan.
2. Dalam bentuk penyelenggaraan/penggarapan atau pengedisian yang masih dikira amat ‘preliminary’ coraknya seperti: Edisi Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi ( jawi) 1831, Edisi Dulaurier 1849-1856, Edisi W.G shellebear 1896, edisi R.O. Winstedt 1938, Edisi T.D. Situmorang dan A.Teeuw berasaskan kepada edisi Munsyi Abdullah 1952, edisi Dato’ Madjoindo ( Jawi), Jakarta 1959, dan edisi A.samad Bin Ahmad, Kuala Lumpur 1979.
Daripada 29 buah naskah tadi, terdapat 12 buah naskah di Netherlands, 11 buah naskah di United Kingdom, 5 buah naskah di Lembaga Kebudayaan Indonesia Jakarta, dan 1 buah di Leningrad, Rusia. Penelitian terperinci terhadap semua naskah ini menunjukkan bahawa naskhah ini adalah seperti yang berikut:
1. Terdapat 2 naskhah yang mewakili versi T.S Raffles iaitu di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London, Raffles MS. No.18 dan sebuah lagi Cod. Or. 1704 di Perpustakaan Leiden yang didapati kurang lengkap dengan di bahagian hujungnya.
2. Enam buah naskhah dalam bentuk serpihan, tetapi tidak lengkap, iaitu sebuah di Jakarta, sebuah di Leiden dan 4 buah di London.
3. Versi pendek yang diselengarakan oleh Abdullah Munsyi, kemudian digarap oleh T.D Situmorang dan A. Teeuw. Versi ini kemudian diusahakan oleh Dato’ Madjoindo. Semuanya wujud dalam 6 buah naskhah . semua versi pendek ini berakhir setakat episode kematian Tun Ali Hati, di Johor.
4. Versi panjang yang dapat ditemui daripada 9 buah naskhah iaitu di Jakarta sebanyak 2 naskhah, KBG 188 von de Wall dan KBG 190 von de Wall di perpustakaan Koninklijk Institusi Leiden. Dua buah naskhah di Great Britain dan 4 buah naskhah di Universitiet Bibliotheek, Leiden. Maksud versi panjang di sini ialah kesmua naskhah ini berakhir dengan penyebutan episode serangan Jambi terhadap Johor pada tahun 1673.
5. Sebuah versi yang telah diperpanjangkan, iaitu penyalinan semula ( dengan pengubahan dan penukaran di sana sini) teks Sejarah Melayu dari versi panjang, lalu diperlanjutkan lagi riwayatnya sehingga ke pertengahan abad ke-19, dilakukan oleh seorang perawi dari keturunan Siak.
Selain itu terdapat juga beberapa teks kesusasteraan yang muncul selepas itu, yang menjadikan teks Sejarah Melayu sebagai modal atau panduan dalam penulisannya. Antara teks yang dimaksudkan ialah seperti yang berikut:
v Hikayat Melayu (1998)
· Dalam teks ini telah diceritakan tentang Raja Iskandar Zulkarnain sehinggalah kepada kesultanan Melayu Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Seterusnya diceritakan mengenai Sultan Abdul Jalil Syah ( Sultan Mahmud II) yang beristerikan peri dan tidak memperdulikan kerajaan. Isteri Megat Seri Rama memakan seulas nangka yang ingin dipersembahkan kepada Sultan dan oleh sebab itu dia dibunuh. Sebagai balasan dendam Megat Seri Rama menikam sultan sehingga magkat. Kejadian ini berlaku di Julang. Encik Apung hamil kerana menelan manikam sultan, lalu melahirkan seorang putera yang dinamakan Tuan Bujang yang dibesarkan di Pagaruyung.
· Dalam naskhah ini maka bermula upacara mengesan kebenaran bahawa Tuan Bujang merupakan waris sah Sultan Mahmud II berdasarkan ciri daulat dan salasilah jurai keturunannya yag berasal dari Raja Iskandar Zulkarnain yang berasal dari keturunan cucu baginda di Bukit SI Guntang.
v Tuhfat Al Nafis (1982)
· Dikenali sebagai sastera Melayu Klasik yang berbentuk lisan atau sastera yang dicipta daipada ucapan.
· Dikatakan satu naskhah kuno yang tergolong dalam sastera sejarah yang dikarang oleh dua orang pengarang iaitu Haji Raja Ahmad dan Raja Ali Haji
· Merupakan penulisan Sejarah istana Melayu Tradisional. Karya ini mula ditulis di istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau di bawah pengaruh Bugis.
v Hikayat Siak (1992)
· Terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengisahkan asal usul raja-raja Melayu dan menjelaskan kaitan Siak dengan Melaka serta mengisahkan kebangkitan Siak.
· Ditulis merujuk kepada sejarah Kesultanan Minangkabau tetapi menyebut tentang politik Johor lantaran penglibatan Raja Kecil.
· Banyak menyentuh tentang peristiwa penaklukan Johor oleh Raja Kecil pada tahun 1718
· Keseluruhan tema teks ialah adalah memberikan satu keabsahan kepada Raja Kecil sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.
v Hikayat Raja Pasai (1987)
· Menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia tenggara
· Mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu- yang ditulis dalam bahasa Jawi.
· Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pembukaan dan pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan perluasan kuasa Majapahit.
FUNGSI TEKS SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS LAIN
Sejarah Melayu menjadi rujukan utama kepada teks lain. Sejarah Melayu menjadi rujukan utama dalam penghasilan teks Hikayat Melayu. Teks Sejarah Melayu menjadi rujukan kepada Hikayat Melayu disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor tarikan dan faktor tolakan. Faktor tarikan yang ada pada Sejarah Melayu itu sendiri telah mempengaruhi teks-teks lain seperti Hikayat Melayu merujuk isi dan falsafah Sejarah Melayu manakala faktor tolakan adalah kerana pengaruh konteks sosiologi pengarang itu sendiri yang mendorong pengarang itu memilih teks Sejarah Melayu sebagai rujukan yang paling hampir dengannya
Selain itu, teks- teks terkemudian yang berkesinambungan dengan teks Sulalatus Salatin ini bertujuan untuk mengangkat martabat raja-raja mereka dan ingin menghubungkan jurai keturunan raja mereka dengan Iskandar Zulkarnain. Sebagai contoh, Hikayat Melayu telah menghubungkan rajanya dengan jurai keturunan Iskandar Zulkarnain. Hal ini dapat ditonjolkan pada watak Raja Kecil yang dikatakan merupakan waris kepada Sultan Mahmud II. Apabila seseorang raja tersebut dikaitkan dengan jurai keturunan raja Iskandar Zulkarnain dan tiga bersaudara di Bukit Siguntang, raja tersebut akan dianggap berkuasa dan hebat.
Di samping itu, teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu dilihat sebagai teks ‘Cermin’ kepada ‘cermin’ kerana ia tergolong di dalam teks berfaedah dan sebuah teks adab. Maka, sebagai teks adab, Sejarah Melayu menjadi ‘Cermin’ kepada karya-karya lain. Sebagai contoh, Hikayat Melayu menjadi karya yang baik dalam sastera Melayu tradisional kerana ia menjadikan teks Sejarah Melayu sebagai ‘Cermin’. Semakin hampir isi sesebuah teks yang baru dihasilkan itu dengan isi teks Sulalatus Salatin, maka teks tersebut dianggap benar.
Nota yg ringkas dan padat ia memudahkan sy utk membuat rujukan... Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih
DeletePenelitian mengenai setiap aspek sangat bersesuaian..
ReplyDeletepenyampaian isi yang cukup jelas dan mudah difahami
ReplyDeleteTerima kasih
Deletewahhh. saya dapat info yg bermanfaat untuk tugasan tentang sejarah melayu.
ReplyDeletemudah untuk difahami
ReplyDeletePerkongsian yg sgt bmanfaat
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteBlog yang menarik !
ReplyDeletePadat dengan input yang berguna tambah pula musim peperiksaan semakin hampir , terima kasih
Terima kasih, blog ini sangat membantu saya dan isi kandungannya pula sangat berkualiti
ReplyDeleteTerima kasih..
DeletePerkongsian yang bermanfaat dan mudah difahami
ReplyDeleteTerima kasih..semoga bermanfaat
DeleteInfo yang ringkas tetapi sarat dengan ilmu.
ReplyDeletePerlukan sedikit penambahbaikan sistem tatabahasa dalam posting "Pantang Larang Sebagai Adat Istiadat dan Perundangan Negara" kerana terdapat beberapa kesalahan ejaan.
terima kasih saudari di atas komen yang membina .. kami akan melakukan penambahbaikan ke atas blog kami nanti.
DeletePerkongsian yang menarik.
ReplyDeleteterima kasih ... semoga bermanfaat
Deleteperkongsian blog yang sangat membantu dan sesuai dijadikan rujukan
ReplyDeleteterima kasih..semoga bermanfaat
Delete