Saturday, 7 April 2018

BAB 1
Pada 12 Rabiul awal tahun 1221H, Tun Muhamad @ Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka raja telah diperintahkan oleh Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, Yang Dipertuan Di Hilir supaya mengarang sebuah buku mengenai kisah raja-raja Melayu dan istiadatnya supaya dapat diingat dan diambil faedah daripadanya. Kitab ini dinamai Sulalatus salatin yang bermaksud “Pertuturan segala raja-raja”. Namun ia lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu.Raja Iskandar Zulkarnain, berkerajaan di Makaduniah, Rom telah berusaha meluaskan tanah jajahannya ke arah timur, arah matahari terbit. Baginda berjaya sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi. Iskandar Zulkarnain telah mengahwini Puteri Syahrul Bariyah. Perkahwinannya diakadkan oleh Nabi Khidir dengan mas kahwin sebanyak 300 ribu dinar emas. Setelah kahwin Iskandar Zulkarnain telah meneruskan pengembaraan untuk melihat matahari terbit. Dalam perjalanan pulang baginda singgah untuk mengambil isterinya pulang ke Rom tetapi diminta tinggalkan oleh Raja Kida Hindi. Jadi Puteri Syahrul Bariyah ditinggalkan di negeri Kida Hindi. Puteri Syahrul Bariyah melahirkan seorang anak bernama Aristun Syah, hasil perkahwinannya dengan Iskandar Zulkarnain. Aristun Syah menggantikan datuknya Raja Kida Hindi memerintah kerajaan selama 355 tahun.
        Dari keturunan Iskandar Zulkarnain  itu juga lahirlah Raja Suran. Beliau menakluki semua negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina. Dalam perjalanan itu, baginda sempat menawan negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah Johan dikalahkan dan saudara perempuan raja yang bernama Puteri Dara Segangga dikahwini. Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor. Rajanya bernama Raja Chulan berjaya di  bunuh. Anak Raja Chulan iaitu Puteri Onang Kiu telah dikahwininya.  Baginda meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke Temasik. Usaha Raja Suran untuk menyerang Cina telah diketahui oleh Raja Cina. Baginda menghantar satu rombongan untuk menipu raja Suran. Negara Cina dinyatakan sangat jauh dari Temasik. Untuk sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi tua, hingga gugurlah giginya. Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti sepucuk jarum sahaja. Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah. Mendengar tipu muslihat itu Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang negara Cina.
           Raja Suran masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca yang berpesawat. Baginda tiba di negeri Dika. Kaumnya berbangsa Bu Sum. Setengah Islam dan setengah kafir. Kaum itu kehairanan melihat Raja Suran. Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak lelaki iaitu  Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Raja Suran telah menyuruh raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu sebagai keturunan Raja Islandar Zulkarnain. Raja Suran telah keluar dari dalam laut dengan menunggang kuda semberani jantan bernama Farasul Bahri. Baginda mendarat di Pantai Baniras. Selepas itu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan membina negara bernama Bijaya Negara.

BAB 2
Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih. Kedatangan mereka ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Mereka telah melihat puncak bukit bercahaya terang pada malam itu. Tanahnya berubah menjadi warna keemasan. Pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu kenaikan mereka memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki di dalamnya yang dinamai Batala. Raja Minangkabau iaitu Patih Suatang telah datang ke Palembang memohon seorang anak raja Suran itu untuk dirajakan di Minangkabau. Untuk itu Nila Pahlawan atau Sang Si Perba dihantar ke sana. Penduduk Tanjung Pura pula datang dan Krisyna Pandita pula dihantar. Nila Utama pula dirajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana. Seri Teri Buana mahu beristeri. Malangnya semua anak raja yang ditidurinya mendapat penyakit kedal. Sehingga habislah anak-anak raja yang baik dalam negeri Palembang itu. STB telah mendapat tahu akan kecantikan Radin Ratna Cendera Puri anakanda Demang Lebar daun dan ingin mengahwininya.
       Sebelum berkahwin Demang Lebar Daun telah mohon diadakan perjanjian dahulu. Dia mahu anaknya itu tidak dikeluarkan dari istana kalau dia mendapat penyakit kedal setelah ditiduri Seri Teri Buana. Biarlah dia menjadi tukang masak di dapur atau tukang sapu di istana. Demang Lebar Daun juga mahu supaya raja jangan berlaku zalim dengan memalukan rakyat yang bersalah. Seri Teri Buana pula mahu rakyat jangan derhaka kepada raja. Jikalau rakyat derhaka rumahnya akan dibalikkan, kaki tiang ke langit dan kiranya raja berlaku zalim kerajaannya akan dimusnahkan oleh Allah. Bagaimanapun setelah ditiduri Seri Teri Buana, Radin Ratna Cendera Puri tidak kedal. Jadi perkahwinan antara merekapun dilansungkan. Selepas perkahwinan itu berlaku satu peristiwa pelik berlaku, telah hanyut di sungai buih-buih yang besar dan satu dari antaranya mengandungi seorang budak perempuan. Dia telah dijadikan anak angkat STB dan dinamakan Puteri Tanjung Buih.
        Penduduk di Minangkabau mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. SSP telah meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang Kini kepada seorang hulubalang bernama Permasku Mambang. Beliau berjaya membunuh ular tersebut. Namun curik itu sendiri sumbing 190. Bagindapun kekallah berkerajaan di Minangkabau.Tajitram Syah iaitu salah seorang dari keturunan Raja Suran yang telah keluar istana untuk membina empayarnya sendiri telah dilanggar ribut di tengah laut. Angkatannya musnah dan dia sendiri terdampar di Belambang Majut (Bangkahulu). Tanah Andalas, sebelah Laut Selbu. Dia dijumpai oleh Demang Kebayunan dan dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Raden Sendari. Mendapat 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Ratna Dewi, Seri Dewi, Maniaka dan Nila Karna. Seri Dewi dikahwini putera dari Cina dan Ratna Dewi oleh putera ratu Majapahit. Berita kehadiran Tajitram Syah terdengar ke India dan para menteri dalam kerajaan Canda Kani telah datang menjemputnya balik ke Benua Keling itu.

         Seri Teri Buana telah keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru. Selepas melewati Gunung Lingga, angkatannya telah kehabisan air minuman. Untuk mendapatkan air tawar, STB telah menyuruh mencampakkan gulungan rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan kakinya ke dalam air laut di tengah gelungan rotan itu. Air laut telah menjadi tawar dan tempat itu dinamakan Selat Air Tawar.  Sesampai STB di Tanjung Bintan, baginda telah dijemput oleh Wan Seri Beni ke istana dan Raden Ratna Cendara Puri dibawa ke istana bondanya iaitu Puteri Iskandar Syah. Wan Seri Beni memerintah Bintan dengan dibantu oleh Menteri Bupala dan Aria Bupala. Wan Seri Beni sangat berkenan memandang STB dan RRCP. Kepada STB diserahkan kerajaannya dan STB dijadikan anak angkatnya.  Seri Teri Buana menjadi raja selama 2 tahun di Bintan itu. STB meneruskan semula perjalananya. Dia bertolak ke Bengkilau dan berburu hingga ke Tanjung Sengkuang. Di sini anjng pemburuan baginda telah terjun ke laut dihambat oleh pelanduk putih. STB telah memerintahkan tempat itu ditebas untuk dibuka negeri. Bagaimanapun dari situ dia terpadang pula pantai Temasik dan ingin pula ke sana. Sesampai di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda oleh ribut. Semua harta telah dibuang ke laut. Untuk meredakan ribut STB telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan air laut. Lalu ributpun teduh. Di atas bukit di pulau Temasik STB telah terpandangkan seekur singa. Bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai. STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu kerajaannya dibuka di situ. Wan Seri Beni menabalkan STB di situ. Pemerintahan Bintan di serahkan kepada anak Menteri Bupala yang bergelar Tun Telanai.

BAB 3

Seri Teri Buana mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda. STB telah menghantar menteri Aria Bupala ke benua keling meminang Puteri Nila Pancadi. Raja Jambuga Rama Mendaliar telah menerima pinangan itu, bahkan menghantar puterinya untuk dikahwini oleh Raja Kecil Besar ke Singapura. Raja Kecil Muda pula dikahwinkan dengan cucu saudara Demang Lebar Daun iaitu Raden Lasmi Puri. Selepas Seri Teri Buana mati ia ditanam di Bukit Singapura, Raja Kecil Besar dijadikan Raja bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Kecil Muda dijadikan Bendahara bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar.  Cucu Demang Lebar Daun dijadikan perdana menteri bergelar Tun Perpatih Pemuka Jegalar.  Penghulu Bendahari bergelar Tun Jana Buga Dendang. Hulubalang Besar pula ialah Tun Tempurung. RKB telah memperolehi seorang putera bergelar Raja Muda. Betara Majapahit telah menghantar bingkasan sekeping tatal tujuh depa panjangnya dan digulung seperti subang kepada PSPW. PSPW menyangka dirinya dianggap perempuan oleh Betara Majapahit. Sebagai balasannya diminta seorang tukang kayu bernama Cedun Pawang Antan disuruhnya menarah rambut budak dan beliung itu dihantarnya ke Majapahit.  Betara Majapahit pula menyangka kepalanya mahu ditarah oleh PSPW. Betara Majapahit sangat marah dan menyerang Singapura. Orang Majapahit berjaya dikalahkan. Bila PSPW meninggal dunia, anaknya Raja Muda diangkat menjadi raja bergelar Rakna Wikrama. Tun Perpatih Tulus pula menggantikan ayahandanya Tun Perpatih Permuka Berjajar sebagai bendahara.
       Badang adalah seorang hamba kepada seorang perempuan yang tinggal di Sayung. Ikan yang terperangkap di lukah yang ditahannya telah dimakan oleh hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh. Untuk mengelakkan dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala hajat Badang. Badang mohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. Untuk itu hantu meminta Badang memakan muntahnya. Selepas makan muntah hantu itu Badang telah menjadi sangat gagah. Pohon kayu sebesar dua tiga pemeluk dapat dicabutnya. Hutan yang luas dapat dibersihkan dengan sekejap sahaja. Dengan kekuatan Badang, tuannya menjadi kaya raya dan diberi gelar Orang Kaya Sayung. Badang telah dibebaskan. Dia dijadikan Sandim Sani oleh Seri Rakna Wikrama di Singapura.  Kekuatan Badang dapat dilihat dari beberapa peristiwa. Kayu pengayuh perahunya adalah kayu kempas sebesar sepemeluk. Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa memanjat pohon kuras, dia terjatuh. Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan batu menjadi pecah. Badang dapat menyorong pilang yang panjang lima belas dengan seorang diri. Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu melakukannya.
     Raja di Benua Keling telah menghantar pahlawan yang tergagah untuk menandingi kegagahan Badang. Pahlawan itu bernama Nadi Bija Biakra. Taruhannya ialah barangan tujuh kapal. Dalam pertandingan itu mereka disuruh bergusti. Badang berjaya menewaskan Nadi Bija Biakra itu. Mereka juga bertanding mengangkat batu. NBB hanya terdaya mengangkat separas lutut. Oleh Badang batu itu diangkat, dilambung-lambung dan dilontarkannya hingga ke kuala. Raja Perlak pula telah menghantar pahlawannya yang bernama Benderang untuk mengalahkan Badang. Sebelum pertandingan diadakan Badang terlebih dahulu meminta untuk menguji Benderang dalam majlis makan malam. Badang telah menindih peha Benderang dan Benderang tidak mampu mengangkatnya. Badang pula berjaya mengangkat pehanya bila disesak oleh Benderang. Keesokan harinya Tun Perpatih Pandak selaku ketua rombongan Perlak telah meminta supaya pertandingan itu tidak diteruskan. Kerana bimbang ianya akan menyebabkan hubungan Singapura dan Perlak menjadi rosak. Sebenarnya dia takut Benderang dikalahkan.  Bagaimanapun mereka telah disuruh merentangkan rantai yang sangat besar di belakang Siram supaya kapal tidak dapat lalu. Tidak lama kemudian Badang telah mati dan ditanamkan di Buru. Batu Nisannya dikirimkan oleh Raja  Benua Keling. Bila Paduka Seri Wikrama meninggal dunia, dia digantikan oleh anaknya yang bernama Damia Raja dan bergelar Paduka Seri Maharaja. Dia berkahwin dengan Damia Puteri anak Tun Perpatih Permuka Berjajar. Dari perkahwinan itu lahirlah pula Raja Iskandar Syah.
Merah Silu dan Merah Caga tinggal di Gunung Sengkuang. Merah Silu kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena cacing gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.  Bila Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing gelang, dia mahu membunuh saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba Jurun. Satu hari Merah Silu pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui seekur semut besar. Semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semudra yang beerti semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu Bakar al-Siddik r.a.
Sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh. Sultan Malikul Salleh telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur.Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah tinggi. Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din sebagai mangkubumi.  Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samudra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din. Sebelum meninggal dunia, Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya supaya jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup bermuafakat.
         Raja Syahrun Nuwi dengkikan kebesaran kerajaan Pasai. Dia memerintahkan pahlawannya yang bernama Awi Dicu untuk pergi dan menangkap rajanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Dengan menggunakan tipu helah, Sultan Malikul Tahir telah berjaya ditangkap dan dibawa ke Siam. Dia dijadikan gembala ayam di istana. Sidi Ali Ghiathu’d Din telah menyamar menjadi saudagar Arab dan telah pergi ke negeri Syahrun Nuwi itu. Dia telah memberikan berbagai hadiah kepada raja Syahrun Nuwi. Antaranya ialah sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari permata. Papan catur emas, buahnya permata merah dan hijau. Sepasang itik emas yang boleh berenangan di dalam air. Kerana termakan dengan rasuah berkenaan Sultan Malikul Tahirpun dibebaskan.
Sultan Malikul Mansur ingin pergi melawat abangnya di Pasai. Keinginannya itu ditegah oleh menteri Sidi Asma’ Yaudi’d Din. Bagaimanapun baginda pergi juga. Semasa di Pasai dia telah membawa pulang seorang dayang Sultan Malikul Tahir. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Sultan Malikul Tahir. Sultan Malikul Tahir telah menjemput saudaranya itu untuk majlis berkhatan. Di sana menteri Sidi Asma’ Yaumiddin dibunuh dan  di sula di Pasai. Kepalanya dibuang ke laut.  Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Malikul Mansur di laut Padang Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. SMM memohon badan menterinya dikembalikan dan mayatnya ditanam di Padang Maya. Selepas 3 tahun, SM Tahir telah menyesal di atas perbuatannya itu dan menjemput saudaranya SM Mansur kembali. Dalam perjalanan pulang, SM Mansur singgah di Padang Maya dan kemudiannya meninggal dunia di situ.
BAB 4

Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh. Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh.  Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh. Raja  yang meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. RIS mengahwini anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun nama timangannya Raja Besar Muda. RBM dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul Ajaib, anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.
         Anak bendahari raja Iskandar Syah telah dihukum canggai (sula) di pasar kerana difitnah berbuat jahat dengan orang lain. Sang Rajuna Tapa merasa sangat malu. Dia mengirimkan surat kepada Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura dan dia bersedia untuk belot dari dalam. Rakyat Majapahit telah menyerang Singapura. Singapura dikepung selama sebulan oleh Demang mangku Negara. Bekalan makanan dikatakan telah habis. Bila rakyat Singapura telah keletihan, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota dan Singapura telah dikalahkan.
Raja Iskandar Syah melarikan diri ke tanah besar. Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu kerana derhaka kepada raja. Iskandar Syah cuba membuka sebuah negeri baru di Hulu Muar, malangnya ia diserbu oleh biawak. Jadi tempat itu dinamakan Biawak Busuk.  Baginda pindah ke Sungai Ujong membina kota, keesukannya kota itu menjadi buruk. Lalu dinamakan Kota Burok. Pindah pula ke Sening Ujong. Dari sini pindah lagi ke Bertam.
        Di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing pemburuan lari terjun ke sungai dikejar oleh pelanduk putih. Semasa peristiwa berlaku, raja sedang berehat di bawah pohon Melaka. Tempat itu dibuka dan dinamakan Melaka. Raja Iskandar Syah memerintah Singapura selama 32 tahun. Selepas 3 tahun memerintah Melaka, beliaupun mangkat. Raja Besar Muda pula menggantikannya memerintah Melaka. Bagindalah raja yang pertama melantik 4 orang menteri untuk berkhidmat di balai, 40 orang bentara dan anak-anak pembesar sebagai biduanda istana.. Di zaman Raja Kecil Besar, baginda telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah  telah mengajarkannya kalimah tayyibah dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Rasulullah juga memberitahu pada waktu asar esukknya akan tiba sebuah kapal dari Jeddah. Penumpangnya akan turun solat di pantai. Selepas bangun dari tidur RKB mendapati tubuhnya berbau harum dan dia asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga disangka oleh para dayang yang baginda telah dirasuk oleh Syaitan.
         Raja telah memberitahu Bendahara yang ia bermimpi bertemu Rasulullah. Sebagai buktinya, kalamnya kelihatan telah dikhatankan orang dan akan datang sebuah kapal pada waktu Asar nanti. Pada petang itu datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz makhdum kapal itu telah turun bersembahyang di pantai. SAA telah dibawa masuk ke istana dan semua orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada SAA itu. Raja mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar Seri  Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja. Baginda membuat beberpa pantang larang termasuk melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar. Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, Perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris. Tidak boleh bergelang emas di kaki. Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak. Barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di belakang akan dirampas. Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula untuk putera raja. Di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah itu, Melaka telah berkembang dengan luasnya. Wilayah di sebelah timur hingga ke Terengganu dan di sebelah barat hingga ke Beruas Ujung Karang. Raja terkenal sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja Nusyirwan Adil dan Nabi Sulaiman a.s.. Pedagang Arab menggelarkan Melaka sebagai Malakat yang beerti tempat perhimpunan segala dagang.
       Mani Purindam adalah anak seorang raja di negeri Pahili di Benua Keling. Dia telah berhijrah ke Melaka kerana berkecil atas sikap adiknya yang tidak mahu mendengar pandangannya dalam membahagikan harta pusaka bapa mereka. Di Melaka, Mani Purindam dilantik menjadi menteri. Dia berkahwin dengan Ratna Sandari. Hasilnya lahirlah Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Tun Ratna Wati ini dikahwini oleh Sultan dan lahirlah Raja Kassim. Sultan Muhammad juga mengahwini anak raja Rekan dan mendapat seorang anak lelaki bernama Raja Ibrahim. Sultan Muhammad lebih mengasihi Raja Ibrahim disebabkan sikap isterinya itu dan dia bercadang untuk merajakan Raja Ibrahim. Sebaliknya rakyat lebih mengasihi Raja Kassim. Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal dunia, dia digantikan oleh Seri Amar Diraja. Seri Amar Diraja telah menjadikan Tun Ali sebagai menantunya. Tun Ali juga dilantik menjadi Seri Nara Diraja.  Sultan Muhamad Syah juga telah meninggal dunia selepas 67 tahun memerintah kerajaan Melaka.
          Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Raja Melaka bergelar Sultan Abu Syahid. Pada ketika itu dia masih kanak-kanak. Jadi Raja Rekanlah menjadi orang yang berkuasa di istana Melaka. Raja Kassim dihalau dari istana dan menjadi seorang pengail. Satu ketika seorang maulana bernama Maulana Jalaluddin datang ke Melaka. Dia telah membantu Raja Kassim dan Seri Nara Diraja merampas kuasa dari Sultan Abu Syahid.  Mereka juga dibantu oleh Bendahara. Dalam rampasan kuasa itu Raja Rekan telah membunuh Sultan Abu Syahid supaya mati bersama-samanya. Raja Kassim telah ditabalkan menjadi sultan bergelar Sultan Muzaffar Syah. Maulana Jalaluddin yang mahu mengahwini Puteri Rekan ditipu dengan seorang dayang istana. Dayang itu disangka Puteri Rekan dan di bawa ke atas angin. Semasa menjadi raja, Sultan Muzaffar Syah sangat memuliakan pula Seri Nara Diraja. Ini kerana SND itu adalah bapa saudaranya yang telah menolongnya merampas kuasa. Bendahara Seri Wak Raja tidak begitu diendahkannya. Satu hari Bendahara datang ke istana berkebetulan Raja sudah hendak masuk kerana dia sudah lama di balai penghadapan. Pintu pula tertutup oleh tiupan angin. Bendahara menyangka Sultan tidak berkenan lagi padanya dan diapun membunuh diri. Peristiwa ini sangat dikesali oleh sultan. Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal, Seri Nara Diraja pun dilantik menjadi bendahara. Anak bendahara Seri Wak Raja ada tiga orang iaitu Tun Kudu, Tun Perak dan Tun Perpatih Putih. Tun Kudu diperisterikan oleh Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak diangkat oleh orang Kelang sebagai penghulu.
BAB 5
        Raja Negeri Siam atau negeri Syahrun Nuwi iaitu Paduka Bubunya mahukan negeri Melaka menyembah kepadanya. Sultan Muzaffar Syah enggan menyembah. Jadi paduka Bubunya menitahkan panglimanya yang bernama Awi Chakri menyerang Melaka. Tun Perak telah membawa tenteranya untuk mempertahankan Melaka bersama-sama orang perempuan masing-masing. Pengikutnya tidak puas hati dan mengadu kepada raja. Tun Perak menyatakan bahawa orangnya akan berperang dengan lebih bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu menjaga keselamatan isteri mereka masing-masing di samping berperang untuk raja. Sultan berpuas hati dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun Perak menjadi bentara di istana. Tidak lama kemudian dilantik pula menjadi menteri bergelar Paduka Raja. Setelah Tun Perak menjadi menteri, orang-orang Melaka berpecah dua. Keadaan ini merunsingkan Sultan Muzaffar Syah. Untuk merapatkan hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, Sultan telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja. Tun Kudu ialah anak Bendahara Seri Wak Raja iaitu kakak Paduka Raja Tun Perak. Dengan itu SND telah melepaskan jawatan Bendahara untuk diberikan kepada PR. Tun Perak dikatakan sama taraf dengan Patih Aria Gajah Mada di Pajapahit dan Orang Kaya Senayan di Pasai.
         Angkatan Siam telah datang menyerang Melaka sekali lagi, diketuai oleh Awi Dicu. Paduka Raja diarahkan menghalang angkatan Siam bersama Seri Bija Diraja Tun Hamzah atau Datuk Bongkok. Angkatan mereka bertemu di Batu Pahat. Anak SBD iaitu Tun Omar disuruh menjadi suluh. Semasa dia menyiasat kapal-kapal Siam itu dua tiga buah perahu telah dikalahkannya. Pada waktu malam, Bendahara Paduka Raja telah menyuluh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyireh, tumu dan api-api ditepi pantai. Angkatan Awi Dicu tersalah anggap yang angkatan Melaka terlalu ramai. Kerana gerun merekapun cabut lari. Melihat itu angkatan Melaka telah mengejar angkatan Siam hingga ke Singapura. Sultan Muzaffar Syah sangat gembira. Raja Siam iaitu Paduka Bubunya sangat marah. Dia sendiri bercadang akan menyerang Melaka. Mendengar itu Cau Panden anaknya menghalang dan berjanji akan menyerang Melaka. Perkhabaran Cau Panden akan menyerang Melaka itu terdengar ke Melaka. Seorang Arab yang dikenali sebagai Tuan Saidi Arab telah memanah Cau Panden itu dari Melaka yang menyebabkannya terbunuh.
          Setelah memerintah selama 42 tahun, Sultan Muzaffar Syah pun meninggal dunia. Beliau telah digantikan oleh anaknya Raja Abdullah yang bergelar Sultan Mansur. Pada masa menaiki takhta berumur 27 tahun. Isterinya ialah Tun Putih, anak Seri Nara Diraja. Mempunyai seorang anak gundik bernama Puteri Bakal. Baginda memerintahkan Bendahara Paduka raja dan Seri Bija Diraja menyerang negeri Inderapura yang diperintah oleh Maharaja Dewa yang berada di bawah taklukan Siam. Bendahara pula dapat menawan Puteri Onang Sari. Maharaja Dewa Sura berjaya ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa balik ke Melaka. Atas jasanya Seri Bija Diraja dinobatkan di Pahang oleh Sultan Mansur. Puteri Onang Sari dikahwini oleh Sultan Mansur dan mendapat dua anak iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Sultan Mansur Syah mahu hubungan dengan Makasar dipereratkan. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja telah diutuskan untuk ke sana.  Mereka berjaya mengadap raja di Goa dan baginda sangat suka hati untuk bermuafakat dengan Melaka.  Apabila mereka mahu kembali ke Melaka, raja Goa telah berusaha mendapatkan seorang budak untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur
         Raja di Goa telah berjaya mendapatkan anak Raja Bajung yang bernama Daeng Mempawah untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur Syah. Budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama Hang Tuah oleh sultan. Dia seorang yang berani dan telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk. Di Melaka pada masa itu terdapat 9 orang “Perhangan” iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. Gajah Sultan Mansur Syah yang dibawa Kemanci telah terlepas dan lari ke hutan. Panglima gajah iaitu Seri Rama telah gagal mencarinya semula. Maharaja Dewa Sura telah dicadangkan untuk menangkap gajah itu. Tapi baginda mensyaratkan supaya dia dibebaskan dahulu. Sultan Mansur bersetuju dan beliau telah berjaya menangkap gajah itu semula. Sekalian anak-anak muda di Melaka disuruh belajar ilmu gajah dengan MDS itu. Seri Nara  Diraja yang beristerikan Tun Kudu telah berjaya mendapat 3 orang anak iaitu Tun Tahir, Tun Senaja dan Tun Mutahir. Bila Tun Kudu mati, SND kahwin lain dan mendapat 2 orang lagi anak iaitu Tun Bongsu dan Tun Sadah.

        Sultan Mansur Syah ingin hubungan dengan Siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah diutuskan ke sana. Mereka telah berjaya mengadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat dan menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya kenapa Melaka tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua yang untut tetapi belakangnya tidak lut dtikam oleh lembing. Sekalian orang Melaka dikatakan seperti Suir itu, iaitu tidak lut ditikam dengan lembing. Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu. Paduka Bubunya juga telah menyuruh angkatan Melaka membantu Siam menewaskan musuhnya dalam satu peperangan di sana. Mereka diminta berperang dengan pasukan yang kuat. Kebetulan di arah kiblat. Menteri Jana Putera telah mengatakan orang Islam tidak boleh berperang mengadap kiblat kerana itu adalah arah untuk sembahyang. Tipu helah itu dipercayai oleh Raja Siam. Mereka disuruh berperang ke hala matahari terbit  dan berjaya dalam perang tersebut. Paduka Bubunya telah memberi hadiah kepada semua ahli rombongan dari Melaka itu. Tun Telanai diberikan seorang puteri bernama Onang Minaling Lang. Dari perkahwinan itu melahirkan Tun Ali Haru.
BAB 6

Anak raja Tanjung Pura telah hanyut ke pantai Begawan dan diselamatkan oleh seorang penyadap. Namanya Raden Perlan Langu. Dia diberi nama gelaran Ki Mas Jaya. Si penyadap selalu menyatakan bahawa Ki Mas Jaya bakal berkahwin dengan Puteri Galoh Awi Kesuma, puteri Ratu Majapahit. Ki Mas Jaya pula menyatakan akan mengangkat si Penyadap menjadi Patih Gajah Mada. Kebetulannya Awi Kesuma telah besar dan Patih Gajah Mada sendiri ada mendengar bisikan dari rakyatnya yang dia sendiri akan mengahwini puteri tersebut. Lalu Patih Gajah Mada mencadangkan supaya Awi Kesuma berkahwin. Untuk itu segala rakyat diminta berkumpul untuk Awi Kesuma sendiri memilih bakal suaminya. Setelah Awi Kesuma memandang Ki Mas Jaya iapun berkenan lalu mereka dikahwinkan. Ki Mas Jaya diangkat menjadi betara Majapahit. Si Penyadap pula menuntut Betara Majapahit menunaikan janji untuk mengangkatnya menjadi Patih Gajah Mada. Ki Mas jaya membuka rahsia dirinya yang dia anak raja Tanjung Pura dan tuntutan si penyadap. Atas cadangan Patih Gajah Mada, si penyadap telah dijadikan ketua para penyadap dan diberi gelar Patih Adi Kara. Didudukkan sama taraf dengan PGM. Berita tentang Ki Mas Jaya sebagai anak raja Tanjung Pura telah kedengaran kepada ayahandanya. Utusan telah dihantar dan mereka sangat gembira melihat Raden Perlan Langu masih hidup dan menjadi Betara Majapahit pula. 
          Hasil perkahwinan Ki Mas Jaya dengan Raden Awi kesuma lahirlah Raden Galuh cendera Kirana yang amat masyhur kecantikannya itu. Telah ramai anak raja yang datang meminang tetapi tidak diterima oleh Betara Majapahit itu. Sultan Mansur Syah juga turut jatuh berahi pada Raden Galuh Cendera Kira itu. Satu rombongan untuk meminang ke sana segera bertolak. Bendahara Paduka raja ditugaskan mentadbir negara. Dia ke sana dengan diiringi oleh 40 orang “Perawangan” dan semua “Hanghang” yang sembilan orang itu yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah telah beroleh gelaran Laksamana dari Sultan yang mengenang jasanya membunuh seorang orang tua Jawa yang mengamuk di Melaka. Hang Tuah sebelum itu telah berjaya membunuh 74 orang, orang mengamuk di Melaka.
Sultan Mansur Syah juga diiringi oleh raja-raja dari Inderagiri (Sultan Nara Singa), Tungkal (Raja Merlang), Jambi (Adipati Sira Sela Sida), Palembang (Demang Mangku Raja) dan dari Lingga (Maharaja Isak). Rombongan SMS telah sampai ke Majapahit. Pada masa itu RajaTanjung Pura dan Kediri ada mengadap. Betara Majapahit telah menganugerahkan 40 bilah keris kepada rombongan. Keris yang diberikan kepada raja Kediri dan Tanjung Pura dapat dicuri semula. Keris yang diberikan kepada Raja Melaka tidak dapat. Ini menunjukkan raja Melaka lebih cerdik dari raja-raja yang lain. Di Majapahit, Hang Tuah telah mencabar Tun Bijaya Sura menunjukkan kebolehannya. Tun Bijaya Sura telah menari di hadapan Betara Majapahit. Digertaknya anjing yang ada dibalai itu, terkejut ketakutan dan terus lari ke hutan. Dia juga bermain “Sapu-sapu rengit”. Dalam permainan itu dia dan pembantunya dapat duduk dan melunjurkan kaki ke arah Betara Majaphit. Kelakuannya itu dapat dikesan oleh Betara Majapahit sebagai mahu membalas perbuatannya yang menambatkan anjing di hadapan raja Melaka, seolah raja Melaka itu menyembah anjing tersebut.
Tun Bijaya Sura pula mencabar Hang Tuah naik menceroboh ke balai larangan Betara Majapahit. Hang Tuah dan kawan-kawannya telah naik ke balai tersebut lalu segera ditombak orang. Beratus tombak dilempar tetapi habis semuanya diparang oleh Hang Tuah. Setelah diketahui oleh Betara Majapahit, dibiarkan sahaja oleh baginda. Mata tombak yang beratus-ratus berkas itu diberikannya pula kepada Hang Tuah. Kehebatan Hang Tuah telah menjadikan dirinya kegilaan kepada perempuan-perempuan di tanah Majapahit itu. Sehinggakan terdapat  pantun dibuat orang untuk menggambarkan kehebatan Hang Tuah tersebut. Tun Bijaya Sura telah diminta oleh Betara Majapahit menunjukkan tariannya lagi. Dia telah menarikan “berkeliling gelagat”. Dalam permainan ini dia telah mengayunkan sapu tangan yang dipinjamnya dari Raja Melaka. Habis muka para penjawat Majapahit itu disapunya. Mereka hendak marah tidak dapat kerana Tun Bijaya Sura bermain itu dititahkan oleh Betara Majapahit sendiri.
Untuk memperkenakan Tun Bijaya Sura, Betara Majapahit telah memberikan persalinan cara Jawa iaitu dengan berkeris di belakang. Disuruhnya seorang pencuri mencuri semula keris itu dari Tun Bijaya Sura ketika beliau sedang asyik melihat orang menyabung. Bila TBS menyedari kerisnya dicuri, dia pula mencuri keris dalam puan Betara majapahit. BM sengaja menunjukkan keris yang dicari dari TBS dengan berpura-pura untuk menunjukkan keelokannya. TBS pula menunjukkan keris yang dicurinya. Jadi sedarlah BM yang kerisnya sendiri juga telah dicuri oleh TBS. Jadi keris itu dikembalikan kepada TBS dan keris kedua itu dihadiahkan kepada TBS juga. Setelah genap kerja berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam, maka Sultan Mansur pun dikahwinkan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.
       Sebelum kembali  ke Melaka, Tun Bijaya Sura disuruh Raja Melaka mintakan daerah Inderagiri. Hang Tuah meminta daerah Siantan. Hasil perkahwinan SMS dengan RGCK, lahirlah Raden Di Kelang. Hasil perkahwinan dengan anak Seri Nara Diraja mendapat dua anak iaitu Raja Mahadewi dan Raja Cendana. Dari perkahwinannya dengan saudara Paduka Raja yang bongsu, lahir pula Raja Hussein. Satu ketika kuda Sultan Mansur Syah jatuh ke dalam telaga tahi. Beratus-ratus orang yang melihat peristiwa itu. Seorangpun tidak mahu turun. Lalu Hang Tuah Terjun kedalam telaga dan menambat kuda dengan tali. Barulah kuda dapat ditarik naik ke atas. Hang Tuah telah dituduh bermukah dengan seorang dayang istana. Sultan telah menyuruh Seri Nara Diraja menjalankan hukum bunuh. Bagaimanapun Seri Nara Diraja tidak menjalankan hukum itu sebaliknya Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya di hulu Melaka. Dipasungkan.
        Raja benua China telah menghantar utusan ke Melaka untuk menjalinkan hubungan persahabatan. Dihantarkan juga hadiah seperti kain-kain sutera dan juga sebuah pilau yang sarat dengan jarum. Jarum itu menunjukkan ramainya rakyat China. Sebagai balasan Tun Perpatih Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China. Dia membawa sagu rendang sarat sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil sebiji seorang dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya. Untuk melihat Raja China, Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang. Untuk makan dibimbit hujung kangkung itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya. Raja China meminta Sultan Mansur datang ke China bagi dikahwinkan dengan puterinya. TPP menyatakan Sultan tidak dapat datang kerana ada permusuhan. Jadi baginda bersetuju supaya puterinya itu dihantarkan ke Melaka.
           Raja China menghantarkan puterinya bernama Hang Liu ke Melaka. Puteri itu bersama 500 dayang dan 500 pengiring lelaki telah diislamkan oleh Raja Melaka. Puteri itu dikahwininya. Mereka disuruh diam di Bukit China. Bila Laksamana Lak Di Po ingin kembali ke negeri China, Menteri Jana Putera dan Tun Telanai pula disuruh pergi ke negeri China. Dalam perjalanan mereka terbias ke Brunai kerana ribut. Raja Brunai juga berkirim sembah ke Melaka. Selepas 2 hari menerima sembah raja Melaka, raja China telah didatangi penyakit kedal anjing. Seluruh tubuhnya telah menjadi gatal-gatal. Beratus-ratus tabib cuba mengubati tetapi gagal. Sehinggalah seorang tabib tua mengatakan penyakit itu berpunca dari menerima sembah raja Melaka. Utusanpun dihantar ke Melaka memohonkan air basuh kaki dari Raja Melaka.  Bila air itu diminum dan dibuat basuh muka. Penyakit kedal itupun hilang. Dengan sebab itu Raja China bersumpah tidak lagi mahu disembah oleh Raja Melaka. Begitu juga dengan keturunannya takut terkena tulah.
                                                      
BAB 7

Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat. Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat. Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya. Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja. Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar. 
Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan. Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara. Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak ada yang  menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung Tanah. Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki. Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki. Mauiana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah agamadan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.

BAB 8
Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas berperangdengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka. Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula. Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa. Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan.  Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Bendaharamemuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk meminta maaf. Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.
       Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.  Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah. Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri. Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.  Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai. Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-orang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru. Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka.

Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkanpahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.

BAB 9
       Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka. Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan  Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat. Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya. Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya. Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan mendengar fitnah. Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih. Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid. Sultan  Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala,  Seri Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.

BAB 10
         Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya. Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinangPuteri Gunung Ledang. Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niatbaginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkandarah anakanda baginda. :Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri. Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi. Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali. Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini baginda. Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan. 
BAB 11

        Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka.  Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut. Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
            Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka. Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.  Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.

BAB 12
              Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang. Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang.  Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan. Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara. Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana.  Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat.               Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka. Feringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka. Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi  beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab.Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.
BAB 13

          Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud. Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah melihat kecantikan Tun Fatimah. Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka.           Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah petang.Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emaskepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.       Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memangberdendam dengan Bendahara kerana  Tun Fatimah. Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud. Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud. Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.
BAB 14
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal. Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana  Peringgi akan menyerang lagi. Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang. Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar- pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar. Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.

BAB 15

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang danberkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur. Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syahkemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.

1 comment: