Thursday, 19 April 2018






NAMA : PROF. MADYA DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA
PENSYARAH KURSUS BSS3143 TEKS KANON MELAYU 
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS








NAMA : NORSAZLINZAH BINTI SALIM
NO. MATRIK : D20161073243
KURSUS : ISMP KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER : EMPAT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS




NAMA : ASTRANTIA RAYMOND
NO. MATRIK : D20161073250
KURSUS : ISMP KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER : EMPAT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Video Powtoon berkaitan dengan nilai dan pengajaran dalam teks Sejarah Melayu
https://www.youtube.com/watch?v=hDOASIsC2bQ&t=41s

Video adaptasi dari sajak 'Ada Aku' dan 'Tun Kudu' dari buku Kumpulan Puisi Remaja Cermin Adab karya Norazimah Zakaria
https://www.youtube.com/watch?v=A8buRybtRQI&feature=youtu.be

Saturday, 7 April 2018

ASPEK-ASPEK YANG MENARIK DAN UNIK DALAM SEJARAH MELAYU
  • Pantang Larang Sebagai Adat Istiadat dan Perundangan Negara
dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak pantang larang yang dikemukakan oleh penulis yang telah diangkat menjadi adat istiadat sehingga ke hari ini. walaubagaimanapun, pantang larang ini telah disesuaikan semula sesuai dengan penerimaan masyarakat Melayu dahulu. ini ekoran daripada kebanyakan pantang larang pada zaman dahulu mempunyai pengaruh ajaran agama Hindu namun setelah raja-raja Melayu memeluk agama Islam pantang larang atau adat istiadat telah mengalami sedikit perubahan namun masih tertakluk kepada konsep daulat kepada raja atau sultan. antara contoh pantang larang atau adat istiadat ialah seperti yang berikut : 
 - melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar, kerana warna kuning merupakan warna diraja dan hanya raja serta kaum kerabat raja yang boleh menggunakan warna itu
- rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung. perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan
- tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris
- tidak boleh bergelang emas di kaki. tidak boleh berkeroncong emas kepala perak
- barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja
- jika hendak masuk ke istana perlu memakain kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. jika keris di belakang akan dirampas
- payung putih khusus untuk raja dan dan payung kuning pula untuk putera raja
  • Kepemimpinan dan Kenegaraan dalam Teks Sejarah Melayu
menggambarkan kisah raja Melaka yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. kehebatan Raja Iskandar Zulkarnain terbukti melalui kegagahan dan keberanian baginda menakluk negeri Kida Hindi. Seterusnya, baginda berjaya mengislankan beberapa orang pemerintah dan rakyat dinegeri tersebut melalui perkahwinan antara baginda dengan Puteri Syarul Bariyah. kelebihan yang terdapat melalui jurai keturunan Raja Iskandar Zulkarnain memperlihatkan bahawa keturunan raja-raja Melayu berasal dari raja yang besar, gagah serta terkenal. hal ini secara tidak langsung mengangkat martabat raja-raja Melayu

A' Alam ketahui olehmu, pada zaman dahulu kala dan pada masa yang telah lalu kata yang empunya ceritera bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab Rom bangsanya Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya. sekali bersetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit maka baginda sampai pada suatu bi'at negeri Hindi. maka ada seorang raja ditanah Hindi terlalu besar kerajaannya, setengah kerajaan Hindi itu dalam tangannya, namanya Raja Kida Hindi. setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pon menyuruhkan perdana menteri menghimpun segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. setelah sudah kampung semuanya maka dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar. maka setelah bertemulah segala rakyat antara kedua belah pihak itu, lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang ada dalam Hikayat Iskandar itu. maka alahla Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar ditangkap hidupnya oleh Raja Kida Hindi itu maka disuruhlah oleh Raja Iskandar membawa iman, maka Raja Kida Hindi pon membawa imanla dan jadi Islam, dalam agama Nabi Ibrahim Kalilu'illah alaihai salam

  • Kedatangan Islam di Tanah Melayu
kedatangan Islam di Tanah Melayu telah disuratkan melalui beberapa kisah mengikut zaman pemerintahan raja atau sultan di sesebuah kerajaan. peristiwa kedatangan Islam ini sangat penting dalam teks Sejarah Melayu kerana melalui kisah yang diceritakan, pembaca dapat membuat kesimpulan bahawa proses penyebaran Islam pada zaman dahulu bermula daripada institusi raja. raja yang memeluk agama Islam secara tidak langsung akan membawa rakyatnya untuk turun serta memeluk agama Islam. agama Islam juga akan menjadi agama rasmi kerajaan tersebut. antara dua kisah yang sangat sinonim dalam aspek ini ialah kisah penyebaran Islam di Semundra dan Melaka

- Semundra : kedatangan Islam ke Semundra dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Merah Silu bermimpi Nabi Muhammad s.a.w telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan pada keesikan harinya, setelah Merah Silu terjaga dari tidur baginda telah boleh mengaji dan badan baginda berbau nawarastu. 

- Melaka : kedatangan Islam ke Melaka pula dikaitkan dengan peristiwa Raja Kecil Besar yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah telah diislamkan Oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui mimpi. dalam mimpi itu, Raja Kecil Besar telah diajar mengucap dua kalimah syahadah, dikhatankan dan diberi nama Islam iaitu Sultan Muhammad Syah. pada keesokan harinya semua perkara yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan tubuh baginda turut berbau nawarastu

  • Kisah Singapura Dilanggar Todak
mitos ini megisahkan tentang peristiwa ikan todak menyerang Singapura. peristiwa ini berlaku semasa Singapura diperintah oleh Paduka Seri Maharaja. peristiwa ini telah menyebabkan ramai rakyat Singapura mati kerana ditikam oleh ikan berkenaan. Paduka Seri Maharaja mengarahkan semua rakyat berkubu betis. akan tetapi cara itu telah menyebabkan ramai rakyat yang mati. akhirnya serangan ikan todak tersebut berjaya diatasi oleh kebijaksanaan seorang budak lelaki yang menyarankan batang pisang dijadikan sebagai kubu. peristiwa ini juga berlaku ekoran daripada peristiwa Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu Khayalillah telah datang ke Singapura. dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja, katanya Tuan Jana Khatib hendak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. sebaik darahnya menitis ke tanah, tubuh Tuan Jana Khatib telah ghaib. tubuhnya itu dikatakan berada di Langkawi. selepas peristiwa itu Singapura telah dilanggar ikan-ikan todak dan ramai rakyat Singapura telah terbunuh. 

  • Kekuatan yang Luar Biasa
badang beroleh kegagahan yang luar biasa yang sukar dipercayai dan diterima oleh akal manusia. badang dikatakan memperoleh kekuatan yang luar biasa setelah dia memakan muntah hantu yang selalu mencuri hasil tangkapannya. kegagahan badang yang luar biasa itu membolehkannya melakukan kerja-kerja berat dalam waktu yang singkat dan majikannya berpuas hati dengan hasil kerjanya. disebabkan badang memiliki kekuatan yang luar biasa badang telah mendapat mandat daripada Sultan untuk bertanding dengan pahlawan dari Majapahit iaitu Nadi Bija Biakra yang telah kalah dalam pertandingan hanya kerana terdaya mengangkat batu separas lutut. manakala badang mengangkat batu itu sampai dilambung-lambung dan dilontarkannya hingga ke Kuala. selain itu, badang juga telah mengalahkan pahlawan daripada Perlak iaitu Benderang dengan cara menindih paha Benderang sehingga dia tidak mampu mengangkatnya. Badang pula berjaya mengangkat pahanya bila disesak oleh Benderang. 

  • Peminangan Puteri Gunung Ledang
kisah peminangan Puteri Gunung Ledang telah berlaku semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. baginda berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang Puteri Gunung Ledang itu. walaubagaimanapun, Puteri Gunung Ledang telah menetapkan beberapa syarat kepada baginda sebelum menerima lamaran tersebut. antara syarat yang telah ditetapkan ialah baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak dari gunung Ledang ke Melaka, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan semangkuk darah Raja Ahmad. apabila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud, baginda mengaku dapat menyediakan semua permintaan Puteri Gunung Ledang kecuali semangkuk darah Raja Ahmad. akhirnya, baginda terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana baginda lebih menyayangi putera baginda. 



SENARAI VERSI SEJARAH MELAYU

Memetik daripada buku Kanon Melayu hasil karya Norazimah Zakaria telah menunjukkan kajian mutahir terhadap Sejarah Melayu menunujukkan bahawa di berbagai-bagai pusat koleksi dan kepustakaan dunia ini terdapat sekurang-kurangnya  29 buah naskah Sejarah Melayu. Bahan kesusasteraan mengenai Sejarah Melayu hingga pada masa ini pula terdapat dalam pelbagai bentuk. Antaranya:

1. Dalam bentuk naskah Jawi, berbagai-bagai versi, resensi dan salinan.
2. Dalam bentuk penyelenggaraan/penggarapan atau pengedisian yang masih dikira amat ‘preliminary’ coraknya seperti:  Edisi Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi ( jawi) 1831, Edisi Dulaurier 1849-1856, Edisi W.G shellebear 1896, edisi R.O. Winstedt 1938, Edisi T.D. Situmorang dan A.Teeuw berasaskan kepada edisi Munsyi Abdullah 1952, edisi Dato’ Madjoindo ( Jawi), Jakarta 1959, dan edisi A.samad Bin Ahmad, Kuala Lumpur  1979.

Daripada 29 buah naskah tadi, terdapat 12 buah naskah di Netherlands, 11 buah naskah di United Kingdom, 5 buah naskah di Lembaga Kebudayaan Indonesia Jakarta, dan 1 buah di Leningrad, Rusia. Penelitian terperinci terhadap semua naskah ini menunjukkan bahawa naskhah ini adalah seperti yang berikut:

1. Terdapat 2 naskhah yang mewakili versi T.S Raffles iaitu di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London, Raffles  MS. No.18 dan sebuah lagi Cod. Or. 1704 di Perpustakaan Leiden yang didapati kurang lengkap dengan di bahagian hujungnya.
2. Enam buah naskhah dalam bentuk serpihan, tetapi tidak lengkap, iaitu sebuah di Jakarta, sebuah di Leiden dan 4 buah di London.
3. Versi pendek yang diselengarakan oleh Abdullah Munsyi, kemudian digarap oleh T.D Situmorang dan A. Teeuw. Versi ini kemudian diusahakan oleh Dato’ Madjoindo. Semuanya wujud dalam 6 buah naskhah . semua versi pendek ini  berakhir setakat episode kematian Tun Ali Hati, di Johor.
4. Versi panjang yang dapat ditemui daripada 9 buah naskhah iaitu di Jakarta sebanyak 2 naskhah, KBG 188 von de Wall dan KBG 190 von de Wall di perpustakaan Koninklijk Institusi Leiden. Dua buah naskhah di Great Britain dan 4 buah naskhah di Universitiet Bibliotheek, Leiden. Maksud versi panjang di sini ialah kesmua naskhah ini berakhir dengan penyebutan episode serangan Jambi terhadap Johor pada tahun 1673.
5. Sebuah versi yang telah diperpanjangkan, iaitu penyalinan semula ( dengan pengubahan dan penukaran di sana sini) teks Sejarah Melayu dari versi panjang, lalu diperlanjutkan lagi riwayatnya sehingga ke pertengahan abad ke-19, dilakukan oleh seorang perawi dari keturunan Siak.

Selain itu terdapat juga beberapa teks kesusasteraan yang muncul selepas itu, yang menjadikan teks Sejarah Melayu sebagai modal atau panduan dalam penulisannya. Antara teks yang dimaksudkan ialah seperti  yang berikut:

Hikayat Melayu (1998)
· Dalam teks ini telah diceritakan tentang  Raja Iskandar Zulkarnain sehinggalah kepada kesultanan Melayu Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Seterusnya diceritakan mengenai Sultan Abdul Jalil Syah ( Sultan Mahmud II) yang beristerikan peri dan tidak memperdulikan kerajaan. Isteri Megat  Seri Rama memakan seulas nangka yang ingin dipersembahkan kepada Sultan dan oleh sebab  itu dia dibunuh. Sebagai balasan dendam Megat Seri Rama menikam sultan sehingga magkat. Kejadian ini berlaku di Julang. Encik Apung hamil kerana menelan manikam sultan, lalu melahirkan seorang putera yang dinamakan Tuan Bujang yang dibesarkan di Pagaruyung.
· Dalam naskhah ini maka bermula upacara mengesan kebenaran bahawa Tuan Bujang merupakan waris sah Sultan Mahmud II berdasarkan ciri daulat dan salasilah jurai keturunannya yag berasal dari Raja Iskandar Zulkarnain yang berasal dari keturunan cucu baginda di Bukit SI Guntang.

Tuhfat Al Nafis (1982)
· Dikenali  sebagai sastera Melayu Klasik yang berbentuk lisan atau sastera yang dicipta daipada ucapan.
· Dikatakan satu naskhah kuno yang tergolong dalam sastera sejarah yang dikarang oleh dua orang pengarang iaitu Haji Raja Ahmad dan Raja Ali Haji
· Merupakan penulisan Sejarah istana Melayu Tradisional. Karya ini mula ditulis di istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau di bawah pengaruh Bugis.

Hikayat Siak (1992)
· Terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengisahkan asal usul raja-raja Melayu dan menjelaskan kaitan Siak dengan Melaka serta mengisahkan kebangkitan Siak.
· Ditulis merujuk kepada sejarah Kesultanan Minangkabau tetapi menyebut tentang politik Johor lantaran penglibatan Raja Kecil.
· Banyak menyentuh tentang peristiwa penaklukan Johor oleh Raja Kecil pada tahun 1718
· Keseluruhan tema teks ialah adalah memberikan satu keabsahan kepada Raja Kecil sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.

Hikayat Raja Pasai (1987)
· Menceritakan  kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia tenggara
· Mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu- yang ditulis dalam bahasa Jawi.
· Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pembukaan dan pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal  Perumal dan perluasan kuasa Majapahit.

FUNGSI TEKS SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS LAIN

Sejarah Melayu menjadi rujukan utama kepada teks lain. Sejarah Melayu menjadi rujukan utama dalam penghasilan teks Hikayat Melayu. Teks Sejarah Melayu menjadi rujukan kepada Hikayat Melayu disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor tarikan dan faktor tolakan. Faktor tarikan yang ada pada Sejarah Melayu itu sendiri telah mempengaruhi teks-teks lain seperti Hikayat Melayu merujuk isi dan falsafah Sejarah Melayu manakala faktor tolakan adalah kerana pengaruh konteks sosiologi pengarang itu sendiri yang mendorong pengarang itu memilih teks Sejarah Melayu sebagai rujukan yang paling hampir dengannya

Selain itu, teks- teks terkemudian yang berkesinambungan dengan  teks Sulalatus Salatin ini bertujuan untuk mengangkat martabat raja-raja mereka dan ingin menghubungkan jurai keturunan raja mereka dengan Iskandar Zulkarnain. Sebagai contoh, Hikayat Melayu telah menghubungkan rajanya dengan jurai keturunan Iskandar Zulkarnain. Hal ini dapat ditonjolkan pada watak Raja Kecil yang dikatakan merupakan waris kepada Sultan Mahmud II. Apabila seseorang raja tersebut dikaitkan dengan jurai keturunan raja Iskandar Zulkarnain dan tiga bersaudara di Bukit Siguntang, raja tersebut akan dianggap berkuasa dan hebat.

Di samping itu, teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu dilihat sebagai teks ‘Cermin’ kepada ‘cermin’ kerana ia tergolong di dalam teks berfaedah dan sebuah teks adab. Maka, sebagai teks adab, Sejarah Melayu menjadi ‘Cermin’ kepada karya-karya lain. Sebagai contoh, Hikayat Melayu menjadi karya yang baik dalam sastera Melayu tradisional kerana ia menjadikan teks Sejarah Melayu sebagai ‘Cermin’. Semakin hampir isi sesebuah teks yang baru dihasilkan itu dengan isi teks Sulalatus Salatin, maka teks tersebut dianggap benar.


WATAK PERWATAKAN DALAM SEJARAH MELAYU

RAJA SURAN

  • keturunan Raja Iskandar Zulkarnain
  • Raja Suran telah masuk ke dalam dasar laut dengan menggunakan sebuah peti kaca. baginda telah sampai di sebuah negeri yang diberi nama Negeri Dika. baginda telah berjumpa dengan Raja Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. hasil perkahwinan mereka mendapat 3 orang anak lelaki iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Raja Suran telah menyuruh Raja Jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu sebagai keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
NILA PAHLAWAN ATAU SANG SAPURBA
  • baginda telah menjadi raja di Minangkabau 
  • suami kepada Wan Empuk dan saudara kepada Krisyna Pandita dan Nila Utama
  • penduduk di Minangkabau mahu menguji kesaktian Sang Sapurba dengan meminta baginda membunuh ular sakti Mona. Sang Sapurba telah meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang Kini kepada seorang hulubalang bernama Permasku Mambang. beliau berjaya membunuh ular tersebut.
KRISYNA PANDITA
  • baginda menjadi pemerintah kerajaan Tanjung Pura dan telah berkahwin dengan Wan Malini 
  • merupakan saudara kepada Nila Pahlawan dan Nila Utama
NILA UTAMA ATAU SERI TERI BUANA
  • Nila Utama di rajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana
  • Seri Teri Buana mahu beristeri tapi malangnya semua anak raja yang ditidurinya mendapat penyakit kedal 
  • Seri Teri Buana telah mendapat tahu akan kecantikan Raden Ratna Cenderapuri anakanda Demang Lebar Daun dan telah mengahwininya. 
  • bersetuju mengadakan waadat yang melibatkan Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun. Seri Teri Buana mewakili pihak raja dan berjanji tidak akan berlaku zalim dengan memalukan rakyat yang bersalah. sekiranya perjanjian ini dilanggar maka kerajaannya akan dimusnahkan oleh Allah. 
  • Wan Seri benih sangat berkenan memandang Seri Teri Buana dan diserahkan kerajaannya serta dijadikan anak angkatnya. Seri Teri Buana menjadi raja selama 2 tahun di Bintan.
  • di atas bukit di pulau Temasik, Seri Teri Buana telah terpandang seekor singa. bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai. lalu baginda mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan membuka kerajaan di situ
  • baginda mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda 
DEMANG LEBAR DAUN
  • bendahara di Palembang dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Raden Ratna Cenderapuri
  • memperteguhkan waadat dengan Seri Teri Buana dan mewakili rakyat. 
  • melalui waadat tersebut Demang lebar Daun sebagai rakyat bersetuju untuk tidak derhaka kepada raja. jikalau rakyat derhaka rumahnya akan dibalikkan, kaki tiang ke langit. 
SI BADANG
  • badang adalah seorang hamba kepada seorang perempuan yang tinggal di Sayung.
  • ikan yang tertangkap di lukah yang ditahannya telah dimakan oleh hantu. hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh. untuk mengelakkan dirinya dibunuh, dia berjanji akan menunaikan segala hajat badang. badang memohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. untuk itu hantu meminta badang memakan muntahnya. selepas makan muntah hantu itu, badang telah menjadi sangat gagah
  • raja di Benua Keling telah menghantar pahlawan yang tergagah untuk menandingi kegagahan badang yang bernama Nadi Bija Biakra
  • dalam pertandingan itu, mereka disuruh bergusti. badang berjaya menewaskan Nadi Bija Biakra. mereka juga bertanding mengangkat batu, Nadi Bija Biakra hanya terdaya mengangkat separas lutut. manakala badang mengangkat batu sambil dilambung-lambung dan dilontarkannya hingga ke Kuala
  • Raja Perlak pula telah menghantar pahlawannya yang bernama Benderang untuk mengalahkan badang. sebelum pertandingan diadakan, badang terlebih dahulu meminta untuk menguji Benderang dalam majlis makan malam. badang telah menindih paha Benderang tetapi Benderang tidak mampu mengangkatnya. bagang pula berjaya mengangkat pahanya bila disesak oleh Benderang
  • keesokan harinya, Tun Perpatih Pandak selaku ketua rombongan Perlak telah meminta supaya pertandingan itu tidak diteruskan, kerana bimbang ianya akan menyebabkan hubungan Singapura dan Perlak menjadi rosak
MERAH SILU
  • satu hari Merah Silu telah pergi berburu, anjingnya Si Pasai telah menemui seekor semut besar. semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semundra yang bererti semut besar
  • Merah Silu juga telah memeluk Islam ditangan fakir Sultan Muhammad itu. malamnya, Merah Silu telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca al-Quran. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh
  • dia mendapat 2 orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur hasil perkahwinan dengan Puteri Gangga anak Raja Perlak
  • Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. anjing pemburuannya telah menyalak disatu kawasan tanah tinggi. tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. ianya ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di Pasai dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu'd din. Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samundra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid'd din
TUAN JANA KHATIB
  • Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayalillah  telah datang ke Singapura. dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. katanya, Tuan Jana Khatib hendak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. sebaik darahnya menitis ketanah, tubuhnya telah ghaib. tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. selepas peristiwa ini, Singapura telah dilanggar todak dan ramai rakyat Singapura telah terkorban
SANG RAJUNA TAPA
  • anak perempuannya telah dihukum canggai (sula) dipasar kerana difitnah berbuat jahat dengan orang
  • Sang Rajuna Tapa berasa malu
  • dia mengirimkan surat kepada Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura dan dia bersedia untuk membelot dari dalam. rakyat Majapahit telah menyerang Singapura. Singapura dikepung selama sebulan oleh Demang Mangku Negara. bekalan makanan dikatakan telah habis, apabila rakyat Singapura telah keletihan, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota dan Singapura telah dikalahkan. 
  • Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu kerana derhaka kepada raja
RAJA ISKANDAR SYAH ATAU PADUKA SERI MAHARAJA
  • menitahkan agar anak Sang Rajuna Tapa dihukum sula kerana didapati berbuat jahat
  • Raja Iskandar Syah melarikan diri ke tanah besar setelah Singapura jatuh ke tangan Majapahit
  • Raja Iskandar cuba membuka sebuah negeri baru di Hulu Muar, malangnya ia diserbu oleh biawak. oleh itu, negeri itu dinamakan Biawak Busuk. baginda berpindah ke Sungai Ujong membina kota, keesokan harinya kota itu menjadi buruk lalu dinamakan Kota Burok. baginda berpindah pula ke Sening Ujong dan seterusnya ke Bertam
  • di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing pemburuan baginda ditendang oleh seekor pelanduk putih. semasa peristiwa itu berlaku, baginda sedang duduk di bawah pohon Melaka lalu tempat itu dibuka dan dinamakan Melaka.
RAJA KECIL BESAR ATAU SULTAN MUHAMMAD SYAH
  •  baginda telah bermimpi berjumpa Rasullulah. Rasulullah telah mengajarkannya kalimah Tayyibah dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. selepas bangun dari tidur, baginda mendapati tubuhnya berbau harum dan di asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga disangka baginda telah dirasuk oleh syaitan
  • Syed Abdul Aziz telah dibawa masuk ke istana dan semua orang pon telah memeluk Islam. mereka semuanya berguru kepada Syed Abdul Aziz. 
  • bendahara bergelar Seri Wak Raja, perdana menteri bergelar Seri Amar Diraja, penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja
  • melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar
  • rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadap.
  • tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris
  • tidak boleh bergelang emas di kaki dan berkeroncong emas kepala perak
  • barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja
  • jika hendak masuk ke istana perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. jika keris dibelakang akan dirampas
  • payung putih khusus untuk raja manakala payung kuning untuk putera raja
RAJA KASIM ATAU SULTAN MUZAFFAR SYAH
  • suatu hari, bendahara datang ke istana, kebetulan raja sudah hendak masuk kerana dia sudah lama dibalai penghadapan. pintu pula tertutup oleh tiupan angin. bendahara menyangka sultan tidak berkenan lagi pada dirinya lalu dia pon membunuh diri. peristiwa ini sangat dikesali oleh sultan
  • anak Bendahara Seri Wak Raja iaitu Tun Kudu telah menjadi isteri kepada Sultan Muzaffar Syah
  • untuk merapatkan hubungan antara hubungan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, baginda telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja
TUN KUDU
  • Tun Kudu telah menjadi isteri kepada Sultan Muzaffar Syah
  • merupakan saudara kepada Tun Perak dan Tun Perpatih Putih
  • telah diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah dan dikahwinkan pula dengan Seri Nara Diraja atas titah sultan
TUN PERAK ATAU BENDAHARA PADUKA RAJA
  • Tun Perak telah membawa tenteranya untuk mempertahankan Melaka bersama dengan isteri masing-masing. pengikutnya tidak puas hati dan mengadukan hal tersebut kepada raja. Tun Perak menyatakan bahawa pengikutnya akan berperang dengan lebih bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu menjaga keselamatan isteri mereka masing-masing disamping berperang untuk raja
  • Sultan berpuas hati dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun Perak sebagai bentara di istana
  • tidak lama kemudian, Tun Perak dilantik pula menjadi bendahara bergelar Paduka Raja
  • Bendahara Paduka Raja telah menyuruh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyirih, tumu dan api-api di tepi pantai. angkatan Awi Dicu tersalah anggap dengan tipu helah itu. mereka berasa gerun melihat angkatan Melaka yang begitu ramai
SULTAN MANSUR SYAH ATAU RAJA ADBULLAH
  • Puteri Onang Sari dikahwini oleh baginda dan emndapat 2 orang anak iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad
  • Raja di Goa telah berjaya mendapatkan anak raja Bajung yang bernama Daeng Mempawa untuk dihadiahkan kepada baginda. budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama sebagai Hang Tuah
  • di Melaka pada masa itu, terdapat 9 orang perhangan iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekieu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan, dan Hang Hussin 
  • Sultan Mansur Syah juga turut jatuh berahi pada Raden Galuh Cendera Kirana lalu baginda mengahwininya
  • Raja China meminta Sultan Mansur Syah datang ke China bagi dikahwinkan dengan Puterinya Hang Liu
  • air basuh kaki dari Sultan Mansur Syah telah diminum dan dibuat basuh muka untuk mengubati penyakit kedal maharaja China
MAHARAJA DEWA SURA
  • mahir ilmu menjinakkan gajah
TUN BIJAYA SURA
  • Tun Bijaya Sura telah menari di hadapan Betara Majapahit. di gertaknya anjing yang ada di balai itu, terkejut ketakukan dan terus lari ke hutan. dia juga bermain sapu-sapu rengit. dalam permainan itu, dia dan pembantunya dapat duduk dan melunjurkan kaki ke arah Betara Majapahit. kelakuannya itu dapat dikesan oleh Betara Majapahit sebagai mahu membalas perbautannya yang menambatkan anjing dihadapan Raja Melaka seolah-olah Raja Melaka itu menyembah anjing tersebut.
DAENG MEMPAWA ATAU HANG TUAH
  • Hang Tuah telah beroleh gelaran laksamana dari sultan yang mengenang jasanya membunuh seorang tua jawa yang mengamuk di Melaka. Hang Tuah juga telah berjaya membunuh 74 orang mengamuk di Melaka
  • Suatu ketika, kuda sultan Mansur Syah telah jatuh ke dalam telaga tahi. beratus-ratus orang yang melihat namun tak seorang pon yang mahu turun ke dalam telaga tahi lalu Hang Tuah pon terjun ke dalam telaga tahi dan menambat kuda dengan tali barulah kuda dapat ditarik naik ke atas
  • HAang Tuah telah dituduh bermukah dnegan seorang dayang istana. sultan telah menyuruh Seri Nara Diraja menjalankan hukum bunuh. walaubagaimanapun, Seri Nara Diraja tidak melakukan hukuman itu. sebaliknya Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya ke Hulu Melaka dan dipasung
  • Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam dengan Hang Jebat. 2 3 kali kerisnya terlekat di dinding dan tiang. sekali keris Hang Jebat terlekat terus dia ditikam oleh Hang Tuah. dengan tikaman yang kedua, Hang Jebat pon meninggal dunia
  • pangkat laksamana dikembalikan semula kepadanya. dia didudukkan sama taraf dengan Seri Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan. laksmana mempunyai 2 orang isteri, isteri pertama iaitu saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongok ada tiga anak iaitu Tun Sirah ( isteri temenggung Khoja Hussin). Tun Biajid dan Tun Daerah ( isteri Sultan Mahmud). Dengan isterinya yang kedua dari keluarga bendarhara Paduka Raja ada dua orang anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa  ( isteri Hang Nadim)
TUN PERPATIH
  • Dia membawa sagu rendang sarat sekapal. Sagu rendang itu kononnnya diambil sebiji seorang dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya.
  • Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang. untuk makan dibimbit hujung kangkung itu ke atas. jadi dapatlah mereka melihat raja China yang berada di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya.
HANG JEBAT
  • Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut. Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu tidak mahu diduduki lagi. Istana baru minta diperbuatkan. 
TUN MUTAHIR
  • Bendahara telah melihat ada cahaya yang terpancar dari kepala Tun Mutahir ke langit. Bendahara meramalkan bahawa Tun Mutahir akan dapat menjadi orang besar. Bahkan lebih dari dirinya tapi kebesaran itu tidak akan kekal lama.
  • Anak Seri Nara Diraja.
  • TunMutahir dijadikan temenggung dan bergelar Seri Maharaja.
  • satu perangainya yang buruk ialah beliau seorang yang suka bergaya. dalam sehari enam tujuh pasang persalinannya. Bagaimanapun setelah beliau, menjadi bendahara, negeri Melaka semakin makmur.
SULTAN ALAU'D-DIN RIAYAT SYAH
  • Sultan Alauddin beristeri dua orang. Isteri pertama ada dua orang anak iaitu Raja Menawar dan Raja Zainal, isteri kedua ada tiga orang anak iaitu Raja Hitam, Raja Muhammad dan Raja Zainal. Dalam negeri berlaku banyak kes kecurian.
  • Bagi mengatasi masalah, baginda sendiri telah keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak.
SULTAN MAHMUD SYAH
  • Sekali peristwa Sultan Mahmud sakit perut buang-buang air. Terpaksalah Bendahara Paduka Raja dan Laksamana mengasuhnya. Bendahara membasuh beras, Laksamana memasaknya. Bila masak Bendahara yang mmenyuapkannya. bila buang air, Laksmana membasuhnya.
  • Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan Isteri Tun Biyajid ketika Tun Biyajid pergi ke Merba. semasa mahu pulang diwaktu dinihari, dia terserempak dengan Tun Biyajid. Tun Biajid hampir melembing Sultan Mahmud kalau tidak diingatnya yang Sultan Mahmud adalah tuannya.
  • Sultan Mahmud telah memberikan sirih dalam puan kepada Tun Isap sebagai isyarat supaya Tun Ispa membunuh Tun Ali Sandang kerana telah melihat baginda pergi kepada Tun Dewi.
  • Sultan Mahmud seorang yang cepat marah. Dia telah mengarahkan supaya Seri Bija Diraja dibunuh kerana dia tidak datang menghadapnya pada hari Raya.
  • Sultan Mahmud sendiri tidak dilayan oleh Maulana Yusuf kerana dia datang untuk belajar sebagai yang dipertuan. Dia hanya dilayan bila datang sebagai fakir Mahmud.
  • Kelantan juga berjaya dikalahkan. tiga orang puteri Kelantan ditawan dan dibawa balik ke Melaka. Puteri Onang Kinang diperisterikan baginda.
  • baginda berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Laksaman dan Sang Setia disuruh meminang.
  • Baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak ke Gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, hati kuman 7 dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan semangkuk darah Raja Ahmad. Bila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud baginda mengaku dapat menyediakan semua permintaan kecuali semangkuk darah Raja Ahmad.
  • Ini membuatkan baginda berahi dengan Tun Teja. Baginda bersumpah, sesiapa yang dapat mendatangkan Tun Teja akan diberikan hadiah yang besar, sekalipun dia meminta sekerat daripada negeri Melaka.
  • Sultan Mahmud murka dengan ketampanan serta pujian yang diterima oleh Raja Zainal yang lebih dari dirinya sendiri dan secara senyap-senyap memyuruh Hang Berkat pergi membunuh Raja Zainal. Hebohlah orang mengatakan Raja Zainal telah mati dibunuh oleh pencuri.
  • Sultan datang dan sangat tertarik dengan Tun Fatimah dan menuduh bendahara sebagai seorang yang jahat. Sultan berdendam dengan Bendahara.
  • Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan suami serta sepupunya dibunuh orang Tun Abdul Karim, Tun Jenal dan Tun Fatimah tidak dibunuh. Sebaliknya Tun Ftimah dijadikan isteri.
  • Sejak diperisterikan Sultan Mahmud, TunFtimah tidak pernah senyum. Dia sentiasa berdukacita. Sultan Mahmud juga sangat menyesal kerana telah membunuh Bendahara Seri Maharaja. Baginda telah turun taktah dan diserahkan pada anaknya Sultan Ahmad Syah. Baginda membawa diri ke Kayu Ara dengan ditemani oleh Sang Sura.
  • Baginda semasa hendak mati telah mewasiatkan Bendahara menjaga anakdah baginda.
HANG NADIM
  • Menantu Laksaman Hng Tuah.
  • Sultan Mahmud telah menitahkannya ke Benua Keling untuk membeli kain batik. 40 bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga.
  • kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan pulang nanti. simpahannya menjadi kenyataan bila kapal Hnag Isap telah karam dipukul ribut.
  • Dia berjaya pulang ke Melaka dengan membawa 4 helai kain sahaja. Sultan murka dengannya.
  • Hang Nadim telah berbuat baik dengan seorang perempuan tua, tukang pelulut dan juga nakhoda Saiyid Ahmad. Dengan bantuan mereka, Hng Nadimberjaya melarikan TunTeja ke Melaka.
TUN TEJA RATNA MENGGALA
  • Anak bendahara negeri Pahang.
  • Telah dilarikanoleh Hang Nadim ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan Mahmud.
  • Telah diguna-guna oleh Hang Nadim memggunakan khidmat bantuan si pelulut tua.
  • Tunang Sultan Abdul Jamal.
TUN FATIMAH
  • Tun Fatimah ditunangkan dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, sepupunya. Raja di Baruh iaitu bapa sauadara Sultan Mahmud.
  • Ayahnya Bendahara Seri Nara Diraja, dan Tun Ali suaminya dibunuh. Tun Ftimah dijadikan isteri Sultan Mahmud.
  • Tun Fatimah pula bila hamil dibuangkannya. Alasannya, kerana pengganti raja telah ada. Sultan Mahmud berjanji akan merajakan anak, barulah kandungan itu dibela. Malangnya, Tun Fatimah hanya mendapat anak perempuan iaitu Raja Putih dan Raja Khadijah.

TEMA, PERSOALAN, NILAI, PENGAJARAN, LATAR, PLOT, DAN GAYA BAHASA 


TEMA
Sejarah Melayu merupakan sebuah karya yang bertemakan politik. Teks Sejarah Melayu menceritakan tentang jurai keturunan bermula dari Raja Iskandar Zulkarnain yang telah berkahwin dengan Puteri Syahrul Bahriyah dan telah dikurniakan seorang putera bernama Raja Suran. Raja Suran telah turun ke dasar laut dan berkahwin engan Puteri Makhtabul Bahri dan tlah dikurniakan 3 orang putera iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krishna Pandita. 3 saudara ini telah turun ke Bukit Siguntang dan bertemu engan Wan Empuk dan Wan Malini. kewujudan 3 keturunan tersebut telah bermulanya jurai keturunan di Tanah Melayu dan yang berakhir dengan pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

PERSOALAN

1.     Kepatuhan dan kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya
Contoh: persoalan ini dapat dilihat pada watak Tun Kudu. Tun kudu merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah. Akibat daripada perbalahan yang berlaku di antara Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, Sultan Muzaffar Syah telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menyelamatkan kerajaan dibawah kepimpinan Sultan Muzaffar Syah

2.     Ketaatan kepada raja dan negara
Contoh: persoalan ini dapat dilihat pada watak Hang Tuah yang merupakan Laksamana yang bergitu taat dan setia kepada sultan dan juga negara. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati raja dan keamanan negara.  Hang Tuah sanggup terjun ke dalam lubang najis semata-mata untuk menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah.
3.     Keperitan hidup seorang wanita
Contoh: persoalan ini dapat dilihat pada watak Tun Fatimah. Tun Fatimah merupakan isteri kepada Tun Ali dan anak kepada Tun Mutahir (bendahara Seri Nara Diraja). Kesemua ahli keluarga Tun Fatimah telah dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah dan Tun Fatimah telah dipaksa untuk berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah.

4.     Keadilan dalam sistem pemerintahan
Contoh: persoalan ini dapat dilihat pada watak Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun yang telah melaksanakan wa’adat (perjanjian). Sekiranya sultan berlaku kejam dan tidak adil dalam pemerintahan maka kerajaan sultan tersebut akan diterbalikkan atau musnah manakala jika rakyat yang menderhaka maka rumahnya akan diterbalikkan.

5.     Tanggungjawab pemerintah terhadap rakyatnya
Contoh: persoalan ini dapat dilihat pada watak Sultan Alaudin Ri’ayat Syah yang merupakan sultan yang amat menjaga keamanan rakyatnya dan juga nehgerinya. Sultan Alaudin Ri’ayat Syah telah turun padang dan menyamar sebagai pencuri untuk menangkat pencuri sebenar yang telah menjejaskan keamanan di negerinya.

NILAI
Keadilan
Contoh: nilai ini dapat dilihat pada watak Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun yang telah melaksanakan wa’adat (perjanjian). Sekiranya sultan berlaku kejam dan tidak adil dalam pemerintahan maka kerajaan sultan tersebut akan diterbalikkan atau musnah manakala jika rakyat yang menderhaka maka rumahnya akan diterbalikkan.

Kasih sayang
Contoh: nilai ini dapat dilihat pada watak Tun Kudu. Tun kudu merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah. Akibat daripada perbalahan yang berlaku di antara Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, Sultan Muzaffar Syah telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menyelamatkan kerajaan dibawah kepimpinan Sultan Muzaffar Syah

Nilai estetika
Contoh: penggunaan bahasa-bahasa klasik yang indah dan mempunyai maksud tersirat merupakan elemen yang penting dalam penghasilan karya sastera.sebagai contoh unsur personafikasi yang telah dimasukkan dalam Sejarah Melayu ialah “rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak, payung segala raja

Kepatuhan
Contoh: nilai ini dapat dilihat pada watak Hang Tuah yang merupakan Laksamana yang bergitu taat dan setia kepada sultan dan juga negara. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati raja dan keamanan negara.  Hang Tuah sanggup terjun ke dalam lubang najis semata-mata untuk menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah.

PENGAJARAN

·         Kita mestilah taat kepada sultan dan negara
Contoh: hal ini dapat dipamerkan pada watak Hang Tuah yang merupakan tokoh kepahlawanan yang amat taat kepada perintah sultan. Hang Tuah sanggup membunuh rakan karibnya iaitu Hang Jebat yang telah menuntut bela dan membalas dendam terhadap Sultan Mansur yang telah membunun Hang Tuah. Namun, demi ketaatan Hang Tuah kepada negara, dia sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri.

·         Sebagai seorang wanita, kita mestilah mentaati perintah suami
Contoh: hal ini dapat dipamerkan pada watak Tun Kudu. Tun kudu merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah. Akibat daripada perbalahan yang berlaku di antara Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, Sultan Muzaffar Syah telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menyelamatkan kerajaan dibawah kepimpinan Sultan Muzaffar Syah

·         Sebagai seorang pemimpin, kita janganlah berlaku kejam dan  menganiaya rakyat bawahan kita
Contoh: hal ini dapat ditonjolkan pada watak Sultan Mahmud Syah yang telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh alhi keluarga Tun Fatimah kerana ayahanda Tun Fatimah tidak memberitahu bahawa dia mempunyai seorang anak gadis yang cantik.

·         Kita janganlah bersalah sangka terhadap orang lain
Contoh: hal ini dapat ditonjolkan pada watak Sang Rajuna Tapa yang telah membuka pintu Singapura untuk diserang oleh Majapahit akibat daripada anak perempuannya yang telah mati disula dan dipamerkan di pasar kerana difitnah berbuat jahat dengan orang lain semasa zaman pemerintahan Raja Iskandar Syah.

    Kita janganlah menurut hawa nafsu dalam setiap perkara yang dilakukan

Contoh: hal ini dapat ditonjolkan pada watak Sultan Mahmud Syah dalam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang. Sultan Mahmud Syah telah berlaku kejam dan zalim terhadap rakyatnya bagi memenuhi kehendaknya. Sultan Mahmud telah mengerahkan rakyatnya untuk menyediakan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas dan perak, air pinang muda 7 tempayan, semangkuk darah Raja Ahmad, dan 7 tempayan air mata

LATAR

Definisi latar : latar ialah pernyataan tentang masa, tempat, ruang, suasana dan pemikiran dalam sesebuah karya, seperti novel, cerpen dan drama. Latar berfungsi untuk menjelaskan tempat dan masa sesuatu peristiwa itu berlaku. latar sesebuah karya juga dikaitkan dengan citra masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya sama ada dari segi struktur pemikiran, budaya, sosial, ekonomi dan kepercayaan sesebuah masyarakat yang diceritakan dalam karya. peranan latar amat penting bagi mengembangkan tema, persoalan, plot, dan watak-watak yang berkesan dalam sesebuah karya. latar terbahagi kepada tiga iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat.

Latar Tempat
- latar tempat merujuk tempat berlaku sesuatu peristiwa yang dikaitkan dengan lokasi, seperti negeri, bandar, desa, kota, bumi, laut, angkasa dan lain-lain yang bersifat umum.

Negeri Hindi

  • salah satu negeri yang ditakluk oleh Iskandar Zulkarnain
  • rajanya bernama Raja Kida Hindi
  • Raja Iskandar Zulkarnain menitahkan supaya Raja Kida Hindi memeluk agama Islam dan Raja Kida Hindi pon memeluk agama Islam 
  • Raja Kida Hindi mempunyai seorang anak perempuan yang cantik jelita yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah lalu dikahwinkan puterinya itu dengan Raja Iskandar Zulkarnain. 
  • perkahwinan diantara Raja Iskandar Zulkarnain dan Puteri Syahrul-Bariyah telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Raja Aristun Syah. 
  • apabila Raja Aristun Syah telah meningkat dewasa, baginda dikahwinkan dengan anak Raja Turkistan dan dikurnikan seorang cahaya mata yang bernama Raja Aftus. 
  • apabila Raja Kida Hindi mangkat, Raja Aristun Syah yang mengantikan pemerintahan di negeri Hindi.
Negeri China

  • Raja Suran ingin menyerang dan menakluk negeri China
  • Perdana menteri Negeri China telah membuah tipu helah dengan menyuruh orang-orang bawahan untuk menyediakan sebuah pilau yang besar yang diisi di dalamnya dengan beberapa benda seperti jarum, pohon, buah-buahan dan orang-orang tua untuk naik dan disuruh belayar ke Temasik kerana pada masa itu Raja Suran berada di Temasik. contoh di dalam teks:
- " maka perdana menteri pun menyuruhlah melengkapi sebuah pilau yang terbesar, diisi dengan jarum yang seni, lagi yang karat; maka diambilnya pula pohon kesmak dan pohon segala buah-buahan yang ada buahnya, ditanamnya di atas pilau itu, dan dipilnya orang yang tua-tua sudah tanggal giginya, disuruhnya naik pilau itu, dipesaninya oleh perdana menteri itu dan disuruh belayar ke Temasik". 

  • Raja Suran telah tertipu dengan tipu helah yang digunakan oleh Perdana Menteri Negeri China tersebut lalu membatalkan niatnya untuk menyerang Negeri China. 
Negeri di dalam Laut

  • Raja Suran telah masuk ke dalam laut untuk mengetahui apakah yang berada di dalam laut tersebut. 
  • baginda masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca. 
  • Raja Suran telah masuk ke dalam Negeri Dika 
  • Raja Akhtabu'l- Ard merupakan raja di Negeri Dika tersebut. Raja Akhtabu'l-Ard telah mengahwinkan puterinya yang bernama Tuan Puteri Makhtabu'l- Bahri dengan Raja suran dan dikurniakan 3 orang anak lelaki yang bernama Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita.
Bukit Si Guntang

  • Ketiga-tiga anak Raja Suran yang bernama Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita telah kembali ke dunia dengan menaiki seekor lembu putih.
  • kedatangan ketiga-tiga anak Raja Suran tersebut telah menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunya menjadi perak dan batangnya menjadi suasa. 
  • Wan Empuk dan Wan Malini telah menjaga ketiga-tiga orang anak Raja Suran tersebut. 
Minangkabau

  • Patih Suatang iaitu Raja Minangkabau telah datang ke Palembang dan bertemu dengan Demang Lebar Daun lalu meminta salah seorang dari anak Raja Suran untuk dirajakan di Minangkabau
  • Nila Pahlawan atau Sang Si Perba menjadi Raja di Minangkabau
Tanjung Pura 

  • Demang Lebar Daun telah memberi Krisyna Pandita untuk dirajakan di Tanjung Pura
Palembang

  • Nila Utama atau Seri Teri Buana telah dirajakan di Palembang
  • Seri Teri Buana telah berkahwin dengan anak perempuan Demang Lebar Daun yang bernama Radin Ratna Cendera Puri kerana hanya puteri Demang Lebar Daun sahaja yang tidak mendapat penyakit kedal 
  • Seri Teri Buana dan Deman Lebar Daun telah membuat wa'adat atau perjanjian diantara raja dan juga rakyat biasa. Seri Teri Buana mewakili raja manakala Demang Lebar Daun mewakili rakyat biasa
  • isi wa'adat tersebut menyatakan bahawa jika rakyat derhaka maka Allah akan menterbalikkan rumahnya manakala jika raja berlaku zalim terhadap rakyat maka kerajaanya akan dimusnahkan oleh Allah. 
Temasik

  • Seri Teri Buana sedang mencari tempat untuk dibuat negeri baru
  • Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun dan rakyatnya telah berhenti di suatu tempat. Seri Teri Buana sedang berehat di bawah pohon jambu laut lalu ada seekor binatang yang tangkas, berbulu,dan perkasa telah melintas di hadapan mereka lalu ghaib begitu sahaja
  • Demang Lebar Daun menyatakan bahawa binatang yang dimaksudkan tersebut merupakan seekor binatang yang dipanggil singa.
Singapura

  • peristiwa Singapura dilanggar todak
  • Tuan Jana Khatib merupakan seorang yang pandai ilmu Khayalillah. dia telah menilik sebatang pohon pinang lalu pohon tersebut terbelah dua. permaisuri Negeri Singapura telah melihat Tuan Jana Khatib menilik pohon tersebut lalu Paduka Seri Maharaja telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tuan Jana Khatib kerana menganggap Tuan Jana Khatib hendak menunjuk kehebatannya di hadapan permaisuri. sebaik sahaja darah Tuan Jana Khatib menitis ke tanah, tubuhnya telah ghaib dan dipercayai berada di Langkawi. sejak daripada peristiwa tersebut, Singapura telah dilanggar todak
  • bendahara negeri Singapura telah mencadangkan rakyat untuk berkubukan batang betis namun cadangan yang diberi telah menyebabkan ramai rakyat Singapura meninggal dunia
  • budak kecil yang bernama Hang Nadim telah mencadangkan berkubukan batang pisang. 
Majapahit

  • peristiwa tatal dan menarah kepala budak
  • Betara Majapahit telah mengutuskan sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, digulung seperti subang ke Singapura
  • Majapahit menyerang Singapura kerana Singapura menghantar tatal kepada Betara Majapahit. Betara Majapahit menganggap perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan
Pasai 

  • Pasai merupakan sebuah negeri yang makmur dan menjadi pusat perdagangan
  • Raja Syahru'n Nuwi telah mengantar hulubalangnya, Awi Dicu untuk pergi berpura-pura berdagang di Pasai
  • Raja Syahru'n Nuwi telah menangkap Raja Pasai 
  • Raja Pasai disuruhnya menggembala ayam
Melaka

  • Raja Iskandar Syah telah membuka negeri Melaka.
  • Raja Muda menggantikan Raja Iskandar Syah selepas baginda mangkat.
  • Raja Muda merupakan orang pertama yang membuat menteri empat orang. 
  • selepas Raja muda mangkat, Raja Tengahlah yang menggantikan pemerintahan kerajaan Melaka. 
  • Selepas Raja Tengah mangkat, anakanda baginda Raja Kecil Besar yang menggantikan pemerintahan kerajaan tersebut
  • negeri melaka menjadi aman, dan makmur serta menjadi pusat perdagangan. 
Latar Masa
- Latar masa merujuk masa, waktu atau zaman sesuatu peristiwa itu berlaku. era atau zaman dimaksudkan latar waktu yang lebih panjang seperti abad, zaman kuno, zaman moden dan sebagainya. Latar zaman juga dikaitkan dengan faktor-faktor sejarah yang dikaitkan dengan peristiwa yang dipaparkan dalam sejarah. 

Zaman pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain

  • Baginda merupakan anak Raja Darab dan berbangsa Rom serta berasal dari Makaduniah.
  • Raja Iskandar Zulkarnain merupakan raja yang telah menghasilkan jurai keturunannya hingga pemerintahan Sultan Mahmud
Zaman Pemerintahan Raja Iskandar Syah

  • bagindalah yang membuka negeri Melaka 
  • negeri melaka maju dan terkenal di seluruh Tanah Melayu
  • Melaka menjadi pusat perdagangan dan pengumpulan barangan

Zaman Pemerintahan Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah

  • telah menggantikan pemerintahan ayahandanya iaitu Raja Tengah. 
  • mentadbir negeri Melaka dengan adil dan saksama. negeri Melaka maju dan makmur.
  • Baginda bermimpi bertemu Rasulullah dan telah memeluk agama Islam. 
  • semua orang di negeri Melaka juga telah memeluk Islam
  • Sultan Muhammad Syah telah membuat beberapa peraturan. antaranya ialah rakyat dilarang untuk menggunakan warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar, barangan emas tidak boleh dipakai melainkan pemberian raja sahaja dan sebagainya.
  • baginda telah berkahwin dengan Tun Ratna Wati lalu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Raja Kassim.
  • kemudian baginda mengahwini anak raja Rekan lalu dikurniakan seorang anak bernama Raja Ibrahim
  • Sultan Muhammad Syah telah memerintah negeri Melaka selama 67 tahun kemudian baginda pon mangkatlah.
Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah

  • Sultan Muzaffar Syah atau Raja Kassim.
  • Bendahara Seri Wak Raja dia hendak datang ke balairung namun pintu telah tertutup kerana ditiup angin. bendahara salah faham dan menganggap baginda Sultan murka dengannya lalu dia pulang ke rumah dan membunuh diri dengan meminum racun
  • baginda telah berkahwin dengan anakanda Bendahara Seri Wak Raja iaitu Tun Kudu
  • Tun Kudu diceraikan dan dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja untuk menyelesaikan pertelingkahan anatra Seri Nara Diraja dan Paduka Raja. 
  • Raja Siam telah menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka namun berjaya dipatahkan oleh kebijaksanaan Tun Perak, saudara kepada Tun Kudu. 
  • baginda telah memerintah Melaka selama 42 tahun umurnya kemudian baginda pun mangkatlah.
Zaman Pemerintahan Sultan Mansur Syah

  • Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara Paduka Raja menyerang Indera Pura dan Indera Pura pon alah dengan Melaka. 
  • Sultan Mansur Syah menjalinkan hubungan dengan negeri Mangkasar 
  • Sultan Mansur telah memelihara dan menjaga Daeng Mempawah atau Hang Tuah. Hang Tuah telah mempelajari ilmu hulubalang. 
  • Sultan Mansur telah memelihara 8 orang anak muda yang diberi nama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. kelapan-lapan orang ini bersahabat dengan Hang Tuah. 
  • Hang Tuah digelar laksamana kerana kehebatannya dalam ilmu persilatan dan bermain keris. 
  • hang Tuah telah menyelamatkan kuda Sultan Mansur yang jatuh ke dalam telaga tahi.
  • Sultan Mansur Syah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah kerana Hang Tuah dituduh bermukah dengan dayang. Seri Nara Diraja tidak membunuh Hang Tuah. dia membawa Hang Tuah ke hulu dusun dan dipasungnya. 
  • Sultan mansur Syah menjalinkan hubungan dengan negeri China. baginda menghantar pilau yang berisi sagu rendang hingga sarat ke negeri China. 
  • Raja China anak berkenan dengan Sultan Mansur Syah lalu dikahwinkan puterinya iaitu Puteri Hang Liu dengan Sultan Mansur Syah.
  • Raja China terkena penyakit tulah dan hanya air basuhan kaki Sultan Mansur Syah sahaja ang dapat menyembuhkan tulahnya itu.
  • Hang Jebat telah mengamuk di istana Sultan Mansur Syah kerana ingin membalas dendam kerana sultan telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah. 
  • Seri Nara Diraja telah membawa Hang Tuah pergi mengadap Sultan Mansur Syah dan dia telah diampunkan dosa-dosanya oleh bagnda sultan.
  • Hang Jebat dan Hang Tuah pon berlawan keris dan akhirnya Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah
Zaman Pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah

  • Sultan Alaudin Riayat Syah telah pergi meronda pada malam hari bersama Hang Isap dan Hang Ishak untuk menangkap pencuri yang menganggu ketenteraman negeri Melaka pada masa itu.
  • Sultan Alaudin telah menitahkan laksamana untuk ke Siak untuk mengirimkan surat kepada Sultan Ibrahim
  • Tun Jana Pakibul, Perdana menteri Siak telah membunuh Tun anu tanpa pengetahuan daripada negeri Melaka. 
Zaman Pemerintahan Sultan Mahmud Syah

  • Sultan Mahmud telah bermukah dengan isteri Tun Biajid semasa Tun Biajid tiada di rumah.
  • semasa Tun Biajid hendak pulang ke rumah, dia bertemu dengan Sultan Mahmud dari arah rumahnya. Tun Biajid ingin membunuh Sultan Mahmud tetapi dia masih terikat dengan kepatuhan kepada raja.
  • Tun Isap telah membunuh Tun Ali Sandang dan disuruh oleh Sultan Mahmud supaya Tun Isap lari ke Pasai. 
  • Sultan Mahmud menyuruh Tun Mamat, Laksamana dan Sang Setia untuk pergi meminang Puteri Gunung Ledang
  • puteri Gunung Ledang mengenakan beberapa syarat yang perlu dipenuhi jika sultan ingin menikahinya iaitu Jambatan emas, jambatan perak, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, setempayan air mata, setempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Ahmad. Sultan Mahmud mampu memenuhi kesemua syarat yang diminta tetapi tidak darah Raja Ahmad.  

 Latar Masyarakat
- latar masyarakat atau disebut sebagai citra masyarakat dikaitkan dengan gambaran masyarakat yang terdapat dalam karya

Masyarakat yang pandai ilmu penilikan 
  •  hal ini dapat ditonjolkan pada watak Tuan Jana Khatib yang memiliki ilmu Khayalillah. Tuan Jana Khatib menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua semasa dia berada di Singapura. 
Masyarakat yang memiliki sifat gagah dan perkasa
  • hal ini dapat dilihat pada watak badang yang menjadi gagah apabila dia memakan muntah hantu. kegagahan Badang telah tersebar ke serata negeri termasuk Negeri Benua Keling dan negeri Perlak. kedua-dua negeri ini telah menghantar orang terkuat di negeri masing-masing untuk mengalahkan kegagahan badang. namun, kegagahan badang tidak dapat dikalahkan oleh mereka. Badang mampu mengangkat batu sambil dilambung-lambung dan dilontarkan hingga ke Kuala sedangkan Nadi Bija Biakra yang dihantar oleh Benua Keling hanya terdaya mengangkat batu separas lututnya sahaja. Badang telah menindih paha Benderang yang dihantar oleh Perlak tetapi Benderang tidak mampu mengangkatnya manakala badang berjaya mengangkat pahanya apabila dia disesak oleh Benderang 
Masyarakat yang bijaksana dalam mengatur strategi peperangan
  •  hal ini dapat dilihat pada watak Tun Perak yang bijak dalam membuat tipu helah semasa Siam hendak datang menyerang. Tun Perak menyuruh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyirih, tumu dan api-api di tepi pantai. angkatan Awi Dicu dari Siam tersalah anggap dengan tipu helah itu. mereka berasa gerun melihat angkatan Melaka yang begitu ramai.
Masyarakat yang bertanggungjawab 
  •  hal ini dapat dilihat pada watak Sultan Alaudin Riayat Syah yang keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak dan menyamar sebagai pencuri untuk menangkap pencuri dan membasmi masalah kecurian yang berlaku di negerinya. 
masyarakat yang derhaka kepada sultan atau raja
  •  hal ini dapat dilihat pada watak Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota Singapura untuk diserang oleh Majapahit. Singapura telah kalah dengan Majapahit. dia berbuat demikian kerana dia berasa malu kerana anak perempuannya telah dihukum sula dan dipasrkan kerana telah difitnah berbuat jahat dengan orang lain. akibatnya, Sang Rajuna Tapa dan isterinya telah menjadi batu kerana derhaka kepada raja. 

PLOT

Plot ialah urutan atau jalinana peristiwa dalam sesebuah karya cereka. Pembinaan Plot pula ialah kesatuan peristiwa yang saling berhubung dan tejalinsehingga mewujudkan sebuah cerita yang berasaskan hukum dan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Secara umumnya, binaan plot dalam sesebuah karya cereka mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu, permulaan (eksposisi), pertengahan ( perkembangan), dan pengakhiran.

i. Permulaan (eksposisi)
Peringkat pendedahan watak-watak, permasalahan yang dialami oleh watak-watak, gambaran latar masa dan tempat, sudut pandangan serta bayangan awal persoalan dan tema sesebuah karya.
Pada peringkat permulaan plot dalam teks Sejarah Melayu ialah menceritakan tentang keagungan yang dimiliki oleh Sultan Iskandar Zulkarnain yang terkenal sebagai seorang raja yang agung dan merupakan nenek moyang kepada jurai keturunan raja-raja Melayu. Pada peringakat ini juga turut juga diceritakan tentang kisah Raja Suran iaitu putera Sultan Iskandar Zulkarnain yang telah masuk ke dasar lautan menggunakan peti kaca. Raja Suran telah berkahwin dengan Puteri Mahtabu’l Bahri dan mempunyai tiga orang putera yang bernama Nila Utama, Krisyna Pandita dan Nila Pahlawan. Ketiga-tiga putera baginda telah turun di Bukit Siguntang dan bermula daripada peristiwa itu maka jurai keturunan raja-raja Melayu telah berkembang.
Nila Utama atau Seri Teri Buana telah membuat perteguhan waadat dengan Demang Lebar Daun yang membawa kepada wujudnya konsep daulat dan tulah dalam kalangan raja Melayu dan rakyat biasa. Dalam waadat itu Seri Teri Buana (raja) bersetuju tidak akan menghukum dan mengaibkan rakyat yang melakukan kesalahan serta berlaku zalim kepada rakyat. Seandainya, raja memungkiri janji ini maka Allah akan memusnahkan kerajaan raja tersebut. Demang Lebar Daun (rakyat) berssetju untuk taat setia kepada raja dan tidak akan menderhaka. Sekiranya rakyat menderhaka maka rumah rakyat tersebut akan diterbalikkan.
  
ii. Pertengahan (perkembangan)
Pada peringkat ini, perkembangan cerita akan memaparkan konflik yang menyebabkan watak-watak meghadapi kerumitan untuk menyelesaikan maslah-maslah yang boleh menimbulkan ketegangan dan kejutan. Dalam teks Sejarah Melayu memaparkan kisah dalam bahagian peringkat pertengahan dengan kisah tentang bagaimana raja-raja Melayu membuka negeri baru dan kisah tentang bagimana kerajaan atau negeri yang ditubuhkan mendapatkan nama. Contohnya, negeri Singapura yang pada awalnya dikenali sebagai Temasik telah dinamakan semula sebagai Singapura ekoran daripada peristiwa Sultan Muhammad yang telah melihat seeokar singa namun tiba-tiba ghaib begitu sahaja. selain itu, kisah tentang bagaimana Semundra mendapat nama juga turut diceritakan dalam bahagian ini iaitu semundra diambil sempena kisah Merah Silu melihat seekor semut yang besar. Tidak lupa juga tentang asal usul nama Melaka yang diambil sempena nama sebuah pokok serta tenang peristiwa seekor anjing yang telah jatuh ke dalam sungai setelah ditendang oleh seekor pelanduk putih.

Bahagian plot ini juga turut menceritakan tentang bagaiamana cara raja-raja Melayu memerintah dan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda kerajaan mereka dengan bantuan Bendahara dan Laksamana yang hebat antaranya Bendahara Paduka Raja dan juga Laksamana Hang Tuah. Turut juga diceritakan kebijaksanaan raja Melayu seperti kisah Sultan Alauddin Riayat Syah yang telah menyelesaikan masalah kecurian di Melaka dengan cara baginda sendiri menyamar sebagai rakyat biasa semata-mata untuk menangkap pencuri. Terdapat pelbagai lagi kisah yang diceritakan dalam bahagian perkembangan cerita dengan memaparkan kisah-kisah raja Melayu mengikut zaman pemerintahannya.

iii. Pengakhiran
Bahagian akhir cerita ialah peringkat antiklimaks yang menuju kepada peleraian masalah-maslah yang dihadapi oleh watak-watak sebelum menuju kepada penyelesaian cerita. Pada bahagian ini, pengarang telah menceritakan tentang kisah kejatuhan kerajaan yang diperintah oleh raja Melayu mengalami fasa kemerosotan akibat daripada berlaku pengkhianatan dan perebutan kuasa dalam kalangan pembesar. Dalam bahagian cerita ini juga turut diceritakan tentang nasib raja yang berlaku kejam kepada rakyat akan mendapat balasan yang setimpal. Episode tentang bagaimana Portugis dalam melepasi benteng pertahanan Melaka serta kisah mengenai si Kitul yang telah membawa kisah penting dalam penceritaan kepada kejatuhan pemerintahan raja Melayu kepada tangan penjajah. Dalam versi A. Samad Ahmad pemerintahan raja Melayu berakhir dengan kisah pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

GAYA BAHASA

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting. Pengarang menggunakan bahasa sebagai media untuk menyampaikan pemikiran atau amanat menerusi karyanya itu. Tanpa bahasa, maka tiadalah karya. Bahasa melibatkan banyak perkara. Unsur-unsur bahasa yang sering digunakan oleh penulis dalam penulisan ialah simile, personifikasi hiperbola dan inverse. Walau bagaimanapun, teks Sejarah Melayu ini hanya memaparkan beberapa gaya bahasa yang agak menonjol dan mudah untuk dikesan. Antaranya, gaya bahasa hiperbola, simile, bahasa istana dan bahasa klasik.

i. Hiperbola – perbandingan yang melampau.
Pengarang dalam teks Sejarah Melayu menggunakan gaya bahasa ini untuk memgambarkan kecantikan yang dimiliki oleh Tun Fatimah secara berlebih-lebih. Contohnya:
Alkisah tersebutlah perkataan peribaik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah itu, terlalu elok rupanya, tiadalah cendalanya lagi, sedap manis pantas pangus, seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada ketika cuaca.”

ii. Simile- tamsilan atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara lansung. Menggunakan perkataan bandingan seperti, bagai, laksana, umpama dan bak. Gaya bahasa ini juga turut digunakan oleh pengarang dalam teks Sejarah Melayu.
seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada ketika cuaca.”

iii. Bahasa Istana- bahasa rasmi yang digunakan oleh golongan istana sebagai bahasa pertuturan dalam kalangan masyarakat di dalam istana. Contohnya:
Maka sembah Badang, “Tuanku, jikalau dengan daulat tuanku, dapat patik melawan dia,Tuanku”.

iv. Bahasa klasik- bahasa yang digunakan sepenuhnya dalam teks Sejarah Melayu memandangkan teks ini merupakan teks sastera klasik yang wujud pada zaman sebelum wujudnya bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat zaman ini. Contohnya:
“ Hatta berapa lamanya baginda Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, datanglah peredaran dunia, maka baginda pun mangkatlah.”